[VIDEO] Gelagat Tok Ram Bincang Dengan Anaknya Untuk Pergi Kolam Air Panas, Buatkan Ramai Terhibur!

10 hours ago 7

Siapa yang tidak kenal dengan Dato Ramli Ms atau lebih mesra dengan panggilan Tokram, yang merupakan orang kuat di dalam industri muzik tanah air. Tokram dilahirkan di Singapura pada 17 November 1958 kemudian beliau menukar kerakyatan Malaysia pada tahun 1989.

Walaupun beliau tidak berpendidikan tinggi, namun pengalamannya dalam bidang muzik sudah cukup untuk melayakkannya digelar bapa muzik kerana beliau berbakat sebagai pemuzik, penggubah lagu, konduktor muzik, pelakon dan lain-lain.

Pernah berkahwin dengan Jennifer Thompson pada tahun 1988 sehingga 1999 serta dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Najee Ramli dan Nadiah Ramli. Kemudian Ramli Ms berkahwin dengan penyanyi Malaysia iaitu Datin Alyah dan mempunyai seorang anak angkat yang bernama Nur Izzara.

“Sekarang Kalau Nak Pergi Mana-Mana Mereka Bincang 2 Ja, Habis Kita Ni Apa Hahaha”-Datin Alyah

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Datin Alyah yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 259 ribu, tanda suka sebanyak 8216 dan sebanyak 100 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tok Ram yang sedang memeluk anaknya itu sambil menanyakan adakah dia mahu ke tempat yang ditunjukkan di dalam telefon pintarnya itu.

@alyah81official

sekarang kalau nak pg mana2 mereka discuss 2 ja.Habis kita ni apa ya?🤔🤔🤔 #alyahtokram #Alyahizzara #trending #fyppppppppppppppppppppppp #fypageシ #malaysiatrending #fyp #fypage #alyahcutesinger

♬ original sound – alyah81official – alyah81official

Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa telatah Izzara yang mendengar Tok Ram berkata-kata seperti dirinya memahami apa yang diperkatakan itu.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |