Siapa yang tidak kenal dengan Nur Elisya Sandha Hassan atau lebih dikenali sebagai Elisya Sandha yang merupakan seorang pelakon, model dan pengacara wanita Malaysia.
Elisya Sandha juga merupakan adik kepada pelakon dan penerbit hebat Malaysia iaitu Fasha Sandha. Elisya Sandha mula berkecimpung bagi menghiasi drama dari tahun 2014 sehingga ke hari ini.
Elisya berkahwin dengan anak sulung pelakon wanita terkenal Malaysia iaitu Sheila Rusly, Uzair Haqimy Azman pada 21 Ogos 2021 yang lalu. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Bunga Elhaq.
“Saya Pun Berharap Agar Dapat Mak Mentua Seperti Shiela Rusly”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @elisyaasandhaa yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 2.1 juta, tanda suka sebanyak 80 ribu dan sebanyak 1,257 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Shiela Rusly yang melawat menantunya yang baru sahaja bersalin untuk kedua kalinya itu.
“Kau Menantu Yang Aku Sambut Dengan Doa, Hari Ini Kau Hadiahkan Aku Cucu Kedua”-Shiela Rusly
@elisyaasandhaa#elisyasandha #sheilarusly #fyp #foryou #esekeli #fypp #foryoupage
Rata-rata netizen sebak melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa beruntung Elisya Sandha kerana peroleh ibu mentua seperti Shiela Rusly itu.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.