Isteri kepada pelakon, Beego iaitu Linda Hashim tampil bersuara selepas tular video yang memaparkan suaminya itu yang difahamkan kini menyertai kumpulan tabligh, baru-baru ini.
Jangan Sekadar ‘Wayang’
Linda Hashim menerusi hantaran di Insta Stories, menitipkan pesanan untuk kekal istiqomah dan bukanlah sekadar ‘wayang’ semata-mata.
“Tabligh tu dah betul dah. Takut dia yang tak betul. Harap-harap istiqomah. Jangan wayang je.”-tulis Linda di Insta Stories
“Nafkah Anak-Anak, Tanggungjawab Pada Anak-Anak…”
Dalam pada itu, pelakon ini turut mempersoalkan tanggungjawab Beego sebagai seorang bapa yang masih belum menyelesaikan urusan pemberian nafkah kepada anak-anak mereka.
“Nafkah anak-anak tanggungjawab pada anak-anak mana tak settle-settle lagi?.”-soal Linda
Beego Sertai Kumpulan Tabligh?
Sebelum ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah dilihat sedang berada di sebuah jeti sambil dadanya dipegang oleh seorang ustaz yang membacakan doa kepadanya itu.
@azreekamarulzaman88Alhamdulillah, gaji takkan pernah cukup sebab makhluk yang bagi. Tapi rezeki pasti sentiasa cukup sebab Allah yang bagi. . #rehlah #masjidterapung #beego #alhamdulillah
♬ Sedih menyentuh hati – Yuda Pratama
Sekadar info, Linda dan Beego pernah mendirikan rumah tangga pada Jun 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, Anggun Cassandra, dan Indah Camelia.
Namun, pasangan ini membuat keputusan untuk bercerai talak satu pada 27 Mac 2023 sebelum kembali rujuk pada 9 April 2023.
Kemudiannya, Linda kembali memfailkan cerai terhadap Beega pada awal Januari 2025 dengan memberikan alasan bahawa mereka sudah tidak lagi mempunyai persefahaman.
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.