Nama Salman Khan menjadi sebutan ramai baru-baru ini selepas bekas kekasihnya, Somy Ali, mendedahkan bahawa sikap tidak endah aktor itu seolah-olah membenarkan bapa mendera ibunya sendiri.
Bapa Salman iaitu Salim Khan didakwa telah mendera ibu, Sushila Charak selama bertahun tahun. Somy berkata Salman mengetahui perbuatan bapanya tetapi dia memilih untuk mendiamkan diri.

“Awak sangat menjijikkan seperti bapa awak yang mendera ibu awak selama bertahun-tahun. Dan awak tidak dapat melindungi ibu sendiri. Sungguh sedih melihat ibu awak didera semasa zaman kanak-kanak awak, dan kemudiannya menjadikan bapa sebagai idola awak. Bodoh!”

Salman yang seolah-olah memberi respons terhadap dakwaan Somy, mendedahkan tentang perkahwinan ibu bapanya dan cabaran yang dihadapi dalam perkahwinan mereka. Aktor itu berkata halangan terbesar ibu bapanya bukanlah agama yang berbeza, tetapi profesion bapanya iaitu penulis skrip Bollywood.

Untuk pengetahun kamu, ini bukanlah kali pertama Somy membuat kenyataan berani kepada umum mengenai bekas kekasihnya, Salman Khan. Sebelum ini dia pernah mendedahkan bagaimana dia diganggu secara seksual oleh aktor itu.
“Lapan tahun yang saya habiskan bersamanya adalah tahun terburuk dalam hidup saya. Dia sentiasa merendah-rendahkan saya dengan memanggil saya “hodoh” dan “bodoh”. Tiada hari yang dia tidak akan buatkan saya rasa kecil dan tidak dihargai. Dia tidak akan akui saya teman wanitanya di khalayak ramai dan dia akan hina saya di hadapan rakan-rakannya.”
Apa pendapat kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.