Seorang artis nasyid terkenal yang selama ini dikenali dengan imej bersih serta memiliki latar pendidikan tinggi kini menjadi buah mulut ramai apabila dikatakan berlaku curang terhadap isterinya. Desas-desus mula bertiup kencang selepas seorang peminat mendakwa terlihat artis terbabit bersama seorang wanita bukan mahram dalam keadaan yang mencurigakan di sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu kota.
Kisah ini menjadi lebih hangat apabila dikatakan si isteri kini berada di luar negara atas urusan tertentu, dan dalam waktu ketiadaannya itu, si suami didakwa mengambil kesempatan untuk bermesra dengan wanita lain. Wanita yang dilihat bersama artis tersebut dipercayai berusia lingkungan 30-an dan digambarkan berpenampilan sopan, namun hubungan antara mereka jelas mencetuskan persoalan apabila dilihat berjalan berpegangan tangan dengan pakaian sedondon, seolah-olah pasangan suami isteri.
Sumber yang mendakwa menyaksikan kejadian itu menyatakan bahawa dia agak terkejut kerana tidak menyangka seorang artis nasyid yang sering tampil dengan imej agama dan moral tinggi sanggup berkelakuan begitu secara terbuka. Percubaan untuk merakamkan aksi mereka bagaimanapun tidak berhasil kerana jarak yang agak jauh dan tindakan pantas pasangan itu yang menyedari kehadirannya.
Tambah sumber itu lagi, selepas artis berkenaan masuk ke tandas dan wanita tersebut menunggu di luar, suasana menjadi lebih mencurigakan apabila wanita itu dilihat seolah-olah menyedari dirinya diperhatikan. Selepas seketika, pasangan tersebut menghilangkan diri dan tidak dapat dikesan meskipun kawasan sekitar telah diselusuri.
Khabar ini tentunya mengundang pelbagai reaksi, terutamanya dalam kalangan peminat nasyid yang selama ini memandang tinggi terhadap golongan artis yang membawa mesej dakwah dalam seni. Sama ada perkara ini benar atau hanya satu salah faham, ia tetap menimbulkan tanda tanya besar terhadap kredibiliti dan integriti seseorang figura awam, apatah lagi apabila melibatkan elemen kepercayaan dalam rumah tangga. Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak artis terbabit, namun para peminat kini menanti penjelasan, sama ada untuk menafikan, atau mengesahkan khabar angin yang sedang hangat diperkatakan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.