[VIDEO] Dari KPOP Ke Dangdut, ITZY Semangat Nyanyi Lagu Kopi Dangdut!

14 hours ago 6

Siapa sangka, lagu dangdut klasik yang berasal dari Malaysia Kopi Dangdut berjaya menembusi dunia KPOP! Baru-baru ini, sebuah video lama kumpulan wanita popular Korea Selatan, ITZY, kembali tular di TikTok menghiburkan hati netizen seluruh dunia!

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @senzizhere memaparkan ahli-ahli ITZY iaitu Lia dan Yeji dengan penuh semangat mencabar diri menyanyikan lagu “Kopi Dangdut”, lengkap dengan sebutan yang cukup jelas dan intonasi yang mengikut rentak.AP

@senzizhere

lengah dikit jadi biduan 😭 #yeji #lia #itzy #yejisu #fyp #midzy

♬ suara asli – Senz. – Senz.

Walaupun bukan bahasa mereka, kelima-lima ahli kelihatan begitu bersungguh-sungguh dan comel ketika menyanyikan lagu ikonik tersebut.

Netizen memberikan pelbagai reaksi

Ada yang terhibur, ada yang terkejut dengan kefasihan mereka, malah ada yang kagum dengan keterbukaan ITZY mencuba budaya muzik yang jauh berbeza daripada genre asal mereka. Ramai peminat dari Asia Tenggara, khususnya dari Malaysia dan Indonesia memuji sikap mereka yang merendah diri dan menghargai muzik serantau.

“Aku tak sangka ITZY boleh nyanyi dengan betul! Comelnya mereka semua!”

“Walaupun mereka KPOP idol, tapi tetap nak cuba lagu bahasa lain. Respect!”

“Yeji excited gitu”

“Apa yang lancar sangat ni”

ITZY sememangnya terkenal dengan personaliti ceria dan mesra peminat, jadi tidak hairanlah bila aksi spontan seperti ini mampu mencuri hati ramai. Aksi mereka ini bukan sahaja menghiburkan, malah memperlihatkan bagaimana muzik boleh menyatukan budaya dari pelbagai latar belakang.

Dengan tularnya kembali video ini, ramai peminat berharap agar ITZY suatu hari nanti dapat menyanyikan lagu dangdut atau Melayu secara rasmi, mungkin dalam konsert world tour mereka nanti?

Dari pentas Seoul ke jiwa dugem, ITZY membuktikan yang muzik memang tiada sempadan!

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |