Penggaya rambut selebriti, Maria, yang terkenal dengan kerjanya bersama Kangana Ranaut, telah berkongsi pengalamannya bekerja dengan beberapa bintang Bollywood termasuklah Aishwarya Rai dan Rani Mukerji.
Dalam sebuah temu bual lamanya, Maria mendedahkan perbezaan antara selebriti zaman dahulu dan terkini. Dia menyebut bahawa selebriti dahulu sangat menghormati dan mengambil berat seluruh pasukan mereka dan ianya sangat berbeza dengan selebriti sekarang.

Mengimbas perkara ini, dia menceritakan insiden perbalahan dengan Rani Mukerji, mendedahkan bahawa aktres itu sering membuat kekecohan mengenai gaya rambutnya dan kerap kali meminta perubahan.
Ketika itu, seorang rakannya yang bernama Flory meminta bantuannya untuk menggayakan rambut Rani. Maria bersetuju tetapi berkata dia mempunyai temu janji pengantin pada awal pagi dan menawarkan untuk menghantar pembantu.
Rani pada awalnya bersetuju dan kemudian dia kerap menelefon Maria, dan memintanya ke hotel hanya untuk memintanya lakukan dandanan rambut di lokasi penggambaran.

Maria memerhatikan Rani sering meminta perubahan pada gaya rambutnya dan meluahkan rasa tidak puas hati dengan kerja Maria. Dia juga mendedahkan bahawa akhirnya Rani meminta bantuan penggaya rambut syarikat, yang menyebabkan Maria menjadi bengang.
Mengimbas kembali pengalaman pahit ini, Maria berkongsi dia amat sedih dengan kelakuan Rani dengan mengatakan, “Dia seorang gadis yang sangat pemarah”.
Apa pendapat kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.