Muncul video lama podcast ‘Call Her Daddy’, yang menampilkan Priyanka Chopra sebagai tetamu telah mencuri perhatian ramai. Ini kerana dalam podcast tersebut, Priyanka telah mendedahkan hubungan percintaannya ketika berada dalam industri Bollywood.
Kenyataannya menerusi podcast tersebut, sedikit sebanyak menunjukkan pengakuannya secara tidak langsung tentang hubungan sulitnya dengan beberapa aktor Bollywood yang terkenal.

“Saya pergi dari satu hubungan ke satu lagi, kemudiannya yang lain. Saya tidak memberi sebarang masa pada diri saya di antara hubungan tersebut.”

Kongsi Priyanka lagi, dia berkata sepanjang kerjayanya di India, dia selalu menjalinkan hubungan dengan aktor yang berlakon dalam filem yang sama atau orang yang dia temui di set penggambaran.
“Saya selalu bertemu dengan pelakon yang bekerja dengan saya atau lelaki yang saya temui di set. Saya sentiasa mempunyai idea saya sendiri tentang hubungan romantis yang ideal, dan saya sentiasa cuba menjadikan orang yang saya temui sebahagian daripada hubungan ideal itu.”

Kenyataannya itu secara tidak langsung mengiyakan kebenaran khabar angin hubungan sulitnya dengan beberapa aktor Bollywood seperti Shah Rukh Khan, Akshay Kumar dan juga Shahid Kapoor.
Apa pendapat kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.