Satu video TikTok yang kini sedang tular telah mencuit hati ramai netizen apabila seorang penjual minyak tradisional memberikan respon yang kelakar namun penuh makna terhadap pertanyaan seorang pelanggan yang bertanya jika mereka ada jual minyak pengasih. Perkongsian video daripada @minyakjunglegirl_ atau lebih dikenali sebagai Fida telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen.
@minyakjunglegirl_Carilah bunga yang lain banyak lagi di luar sana. #junglegirl #1001khasiat #minyak1001khasiat #minyakpenawardayak24herba #minyakdayak #minyak24herba #minyakjunglegirl
♬ original sound – MINYAK JUNGLE GIRL – MINYAK JUNGLE GIRL
Video tersebut memaparkan suasana biasa dalam sesi jualan siaran langsung, di mana penjual mempromosikan pelbagai minyak tradisional jualannya. Namun, suasana bertukar sedikit ‘meriah’ apabila muncul soalan tentang minyak pengasih, yang mungkin bernada bergurau tetapi tetap dijawab dengan selamba dan tegas oleh si penjual:
“Minyak pengasih takde. Tak payah nak kasih-kasih sangatlah. Kalau dia tak sudi, tu tak sudi lah. Jangan paksa orang tu nak sudi dengan kita.”
“Saya cakap betul gais, daripada korang nak letak-letak minyak pengasih tu, baik korang cari je”
Respon tersebut ternyata bukan sahaja sekadar nasihat, tetapi juga menghiburkan hati penonton. Nada suara dan gaya spontan penjual itu buat ramai netizen ketawa namun dalam masa yang sama netizen juga setuju dengan mesej yang disampaikan. Ibarat sindiran berlapik, jawapan itu menyentuh soal moral dan logik dalam soal cinta dan hubungan.
Apa Sebenarnya Minyak Pengasih?
Minyak pengasih merupakan sejenis minyak tradisional yang dikatakan mempunyai kuasa untuk menarik perhatian, menundukkan atau memikat seseorang yang biasanya digunakan dalam konteks percintaan. Ia sering dikaitkan dengan unsur mistik, jampi serapah atau bahan tertentu yang dikatakan “bertuah”.
Kononnya dengan menyapu atau menggunakan minyak ini, orang yang dituju akan jatuh hati atau terpikat tanpa rela atau sedar. Namun, konsep ini semakin dipertikaikan kerana ia jelas menyentuh isu pemaksaan emosi dan dalam banyak kepercayaan serta ajaran agama, hal ini dianggap tidak beretika dan salah.
Netizen Terhibur dan Setuju
Rata-rata pengguna TikTok menganggap situasi itu kelakar, namun mereka juga menghargai pendirian penjual tersebut. Ramai yang memuji cara penjual itu menyampaikan teguran secara bersahaja tetapi berkesan.
Rata-rata netizen memberikan reaksi di ruangan komen.
“Lawak la akak ni jawab selamba je tapi deep!”
“Minyak pengasih takde, minyak urut lutut ada tak kak?”
“Respek! Cinta tak boleh dibeli, apatah lagi disapu macam minyak.”
“Minyak masak pun payah cari.ni lg la minyak pengasih”
“Sis ckp secara spontan tapi betul dan tepat dalam masa yang sama kelakar”
“Fida ckp penuh nasihat..bukan mengutuk..realiti hidup dia ckp..bijak fida berkomunikasi..semoga terus berjaya”
“Aku suka jawapan Fida ni. Straight fwd jer. Takde nk merapu2”
“Jawapan random n spontan dr kakak minyak jungle kite ni seringkali menghiburkan dan makan dalam”
Lawak Tapi Ada Nilai
Apa yang pada mulanya nampak seperti sesi jualan biasa bertukar menjadi pengajaran ringan tapi bermakna. Walaupun soalan asal mungkin bernada gurauan, reaksi penjual membuktikan bahawa humor dan prinsip boleh berjalan seiring.
Di zaman sekarang, di mana segelintir masih percaya jalan pintas untuk mendapatkan cinta. Teguran seperti ini penting kerana hakikatnya kalau dia tak sudi, minyak apa pun takkan jadi.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.