Bollywood tak pernah terlepas daripada pergaduhan antara selebriti. Walaupun sebahagian daripada mereka telah berdamai, tetapi ada beberapa daripadanya kekal masam dan bermusuh termasuklah Moushumi Chatterjee dan Rekha.
Semuanya bermula ketika Rekha dan Moushumi dilakonkan bersama dalam filem ‘Bhola Bhala’ bersama Rajesh Khanna.

Menurut beberapa sumber, selepas poster filem itu dikeluarkan, Moushumi dan Rekha bergaduh semasa mereka sedang menjalani penggambaran. Punca utama pergaduhan itu adalah pembuat poster telah meletakkan imej Rekha di hadapan Moushumi.
Tidak dapat menerima kenyataan, Moushumi meminta pembuat poster untuk mengubahnya tetapi permintaannya tidak dapat ditunaikan. Hal ini membuatkan Moushumi menjadi sangat marah.
Sebagai membalas dendam, Moushumi pergi melepaskan kemarahannya di hadapan media.

Untuk pegetahuan kamu, nama Rekha sering terpalit dengan beberapa kontroversi besar. Salah satunya adalah apabila dia dikaitkan dengan Amitabh Bachchan. Menurut beberapa sumber, mereka telah jatuh cinta semasa penggambaran sebuah filem. Amitabh ketika itu telah berkahwin dan isterinya, Jaya Bachchan yang mendengar khabar angin itu telah menyerang Rekha di set penggambaran.
Apa pendapat kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.