[VIDEO] Gelagat Talita & Watie Hanifiah Main ‘We Listen We Don’t Judge’ Curi Perhatian Ramai!

9 hours ago 4

Shahmira Muhammad atau lebih dikenali sebagai Shuib merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi, penyampai radio dan usahawan Malaysia. Beliau ialah bekas ahli kumpulan Sepah yang telah menjadi juara rancangan realiti Raja Lawak musim 3 pada tahun 2009 dan juga Maharaja Lawak pada tahun 2011. Selepas Sepah berpecah, Shuib menganggotai Kumpulan Sepahtu bersama Jep.

Di luar kerjaya hiburan, Shuib berkecimpung dalam bidang perniagaan apabila beliau bersama isterinya, Siti Sarah dan rakan kongsi mereka menubuhkan rangkaian teh susu berasaskan madu lebah, Bubblebee yang mula beroperasi pada 2019 yang mana beliau dan isterinya berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah.

Siti Sarah, bagaimanapun, meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19 di HUKM. Pada 23 Jun 2023, Shuib selamat melangsungkan perkahwinan kedua bersama Watie Hanifiah.

“Bila Mummy Edit Gambar Dekta, Sangat Buruk”-Kata Talita

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @watieyrxfpz yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 903 ribu, tanda suka sebanyak 43 ribu dan sebanyak 156 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Talita dan Watie yang bermain permainan ‘We Listen and We Don’t Judge’ dimana mereka hanya mengatakan perkara yang tidak disukai oleh mereka sahaja tanpa tersinggung.

@watieyrxfpz

We listen, We dont judge😂 #talitashuib #foryou #esekeli #fyp #talitashuib #fypage #watieshuib #watiehanifiah #shuibsepahtu #bintang

♬ Semoga Abadi – Misha Omar

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. mereka juga mengatakan bahawa Watie seorang ibu tiri yang sangat sempurna kerana melayan anak-anak shuib seperti anak kandungnya sendiri.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |