[VIDEO] Safawi Rashid Pasrah Disolek Jedda & Pia, Netizen Terhibur!-“Terus Jadi Sumareh…”

14 hours ago 6

Gelagat anak saudara kepada pelakon, Syatilla Melvin iaitu Jedda dan Pia mencetuskan rasa terhibur netizen di media sosial selepas bapa mereka yang juga suami kepada Syida Melvin memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, dapat dilihat reaksi pasrah pemain bola sepak Johor Darul Takzim FC (JDT) iaitu Safawi Rashid yang melayan permintaan Jedda dan Pia untuk disolek.

“Rajin Uncle Safawi melayan Pia & Jedda 🤣🤣🤣.”-kapsyen Jedda Dr Epidural di TikTok

@jeddadrepidural

Rajin uncle @SafawiR melayan Pia & jedda 🤣🤣🤣 #fyppppp #foryoupage #jeddaepidural #masukberanda #family #explore #malaysiatiktok #learnontiktok #instagood #fyppppppppppppppppppppppp

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

“Terus Jadi Sumareh..”

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat wajah Safawi selepas disolek anak-anak saudaranya itu, malah ada sempat berseloroh menyifatkan wajah Safawi menyerupai salah seorang pemain bola sepak JDT, Mohamadou Sumareh.

“Hahaha salah code bedak ni!.”

“Terus jadi Sumareh 😭.”

“Pawi bertukar jadi Sajat di awal kemunculan 🤣🤣.”

“Habislah muka Pawi 🤣.”

“Pakai tudung sikit lagi jadi Syifa 😆.”

“Redhanya Pawi tadah muka dekat Pia & Jedda MUA paling mahal takat ni 😂😂.”

“Tunggu dapat anak girl nanti mesti macam ni gak 😂😂. Uncle Pawi memang rajin layan 👍.”

“Atas padang muka memang rock. Tapi bila sampai rumah redha je tadah muka 😂.”

Sekadar info, Safawi Rashid mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan model, Syifa Melvin pada 28 November 2022.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Saif Sulaiman.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |