Samsung & Maybank: Solusi Bijak Untuk Rumah Lebih Canggih & Lestari

1 day ago 11

Samsung Malaysia dan Maybank kini bekerjasama untuk membantu rakyat Malaysia hidup dengan lebih pintar dan mesra alam. Gabungan ini menyatukan teknologi moden Samsung yang jimat tenaga dengan pembiayaan mudah daripada Maybank.

Dengan tema “Connected Solutions, Simplified Growth. Greener Tomorrow for All,” kerjasama ini memberi tumpuan kepada penyelesaian pintar dan mampan untuk rumah dan perniagaan – termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Apa yang Samsung dan Maybank Sasarkan?

  • Samsung sedang berusaha capai pelepasan karbon sifar dan guna 100% tenaga boleh diperbaharui menjelang tahun 2050.
  • Maybank pula telah salurkan lebih RM115 bilion dalam pembiayaan mampan dan berjaya turunkan 53% pelepasan karbon setakat 2024.

Apa Manfaat Untuk Pengguna?

Fasa pertama kerjasama ini akan bermula Mei 2025, khusus untuk pelanggan di Semenanjung Malaysia dahulu. Ia menawarkan pakej khas yang menggabungkan:

Peralatan pintar jimat tenaga daripada Samsung, seperti peti sejuk AI, skrin pintar dan peranti Galaxy.

  • Semua peranti ini boleh dihubungkan melalui aplikasi SmartThings.
  • Ciri-ciri pintar seperti AI Energy Mode boleh jimatkan tenaga mengikut corak penggunaan anda.
  • Keselamatan digital dilindungi oleh sistem Samsung Knox.
  • Yang paling menarik – semua ini boleh dimiliki melalui skim pembiayaan MyDeco dari Maybank.

Apa Itu Skim MyDeco?

MyDeco ialah skim pembiayaan khas untuk pelanggan pembiayaan rumah Maybank dan Maybank Islamic. Ia membolehkan anda membuat pembiayaan sehingga 120% daripada nilai rumah untuk tujuan hiasan dalaman, pembelian perabot dan peralatan rumah pintar.

Ringkasnya?
Samsung sediakan teknologi, Maybank sediakan pembiayaan – anda pula boleh ubah suai rumah jadi lebih moden, jimat tenaga, dan mesra alam dengan lebih mudah!

Nak tahu lebih lanjut atau daftar minat? Layari: maybank.my/samsung, Info produk Samsung: www.samsung.com/my/

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |