Susulan kejayaan Operasi Sindoor iaitu misi anti-keganasan utama yang dijalankan oleh Angkatan Bersenjata India sebagai tindak balas kepada serangan pengganas Pahalgam. Ketika rakyat memuji keberanian askar India, ramai yang menumpukan perhatian mereka ke selebriti Bollywood dan mengharapkan mereka menyatakan solidariti serta penghargaan.
Tetapi apabila selebriti seperti Shah Rukh Khan (SRK), Salman Khan, Hrithik Roshan, Priyanka Chopra hingga Amitabh Bachchan mendiamkan diri, orang ramai menjadi marah.
Dan di tengah-tengah kemarahan itu, muncul pula sebuah video lama SRK yang mencetuskan kontroversi. Dalam video tersebut, SRK bercakap tentang hubungan kekeluargaannya dengan Pakistan.

“Keluarga saya berasal dari Pakistan. Ayah saya berasal dari Peshawar. Saya sangat berbangga dengannya. Saya dari Kisakhani, Lahori Dihatti. Dan saya masih mempunyai seluruh keluarga di sana. Saya ingin pergi dan bertemu dengan mereka.”
Pada masa yang sama dia turut memuji komuniti seni Pakistan, dengan menyatakan bahawa pertukaran budaya dan kreatif antara kedua-dua negara sudah wujud dan berkembang pesat. Dia juga menyebut bahawa permusuhan yang dirasakan antara India dan Pakistan sebahagian besarnya berpunca daripada politik.
“Terdapat hubungan yang sangat damai dan indah dalam seni. Beberapa penyanyi terhebat dari sana telah kami gunakan dalam filem kami. Secara peribadi, tidak ada orang Pakistan dan India yang mempunyai masalah antara satu sama lain. Saya rasa kita telah membawa politik ke tahap yang sangat melampau.”
Walaupun kenyataan ini dibuat bertahun-tahun yang lalu, kemunculan semula video ini selepas Operasi Sindoor telah membuatkan ramai yang marah. Sehinggakan wujud hashtag seperti #BoycottSRK yang menjadi trend di seluruh platform media sosial.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.