[VIDEO] Sheila Rusly Sediakan Hidangan Pantang Buat Elisya Sandha, Buat Netizen ‘Cemburu’!-“Ibu Mentua Idaman..”

11 hours ago 4

Umum mengetahui, pelakon Elisya Sandha baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata kedia di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara pada Jumaat.

Selamat melahirkan anak lelaki, Elisya turut mengumumkan nama cahaya mata keduanya sebagai Bahtera Elhaq bin Uzair Haqimy.

Baru sahaja memulakan tempoh berpantang, perkongsian ibu mentuanya yang juga pelakon senior, Sheila Rusly mencuri perhatian netizen selepas dilihat menyediakan hidangan berpantang kepada menantunya itu.

“Bila anak menantu, Elisya Sandha cakap ‘nak berpantang rumah Mama’, gigih sis plan menu.”-kapsyen Sheila Rusly di TikTok

@sheilarusly

Bila anak menantu @elisyasandhaofficial cakap “Nak Berpantang Rumah Mama” Gigih sis plan menu dengan @bibikexpresshq #airtangansr #menuberpantang #instafood #homecooked #cookedwithlove #sentiasabersyukur #alhamdulillah

♬ Anggerik desa cover by alun tradisi – AlunTradisi

“Ibu Mentua Idaman…”

Perkongsian Sheila Rusly dibanjiri komen netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa ‘cemburu’ melihat layanan Sheila terhadap menantunya itu, malah ramai yang mengidamkan untuk memiliki ibu mentua seperti pelakon filem Pontianak Menjerit ini.

“Beranak ramai pun tak kisah kalau dapat mak mentua macam ni.”

“Beruntung sis Elisya dapat mentua yang baik-baik.”

“Syurga tempat kak Sheila aaminn.”

“Ibu mentua idaman.”

“Untungnya dapat mak mentua yang jaga menantu makan time pantang. You so lucky, tak semua dapat mak mentua macam ni.”

“Ibu mentua idaman wanita-wanita, beruntung siapa yang dapat mentua macam ni. Kalau dapat tolong la hargai sebaik-baiknya.”

“MasyaAllah hebatnya mentua kamu Elisya. Sis Sheila, saya suka cara sis layan keluarga dengan masakan. Mana tak menantu nak pantang dengan you.”

Sekadar info, Elisya Sandha mendirikan rumah tangga dengan anak lelaki Sheila Rusly, Uzair Haqimy pada Ogos 2021.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Bunga Elhaq, 3 tahun dan Bahtera Elhaq yang selamat dilahirkan pada 16 Mei 2025.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |