2 Filem Gagal Buat Shah Rukh Khan Kecewa, Akui Mahu Tukar Profesion Ke Ini!

10 hours ago 4

Sama seperti orang lain, Shah Rukh Khan (SRK) juga pernah mengalami kegagalan dalam hidupnya. Dalam sebuah temu bual lama, SRK mengakui kegagalan dua filemnya, ‘Jab Harry Met Sejal’ dan ‘Zero’, telah membuatkan dia berfikir untuk menukar profesionnya.

Sekiranya kamu tidak tahu, SRK pernah berehat selama kira-kira lima tahun selepas kegagalan dua filemnya itu. Tetapi kegagalannya tidak kekal selama-lamanya kerana dia akhirnya membuat kemunculan semula dengan tiga filem blokbuster selepas itu.

Foto – IMDb

SRK mendedahkan perkara ini ketika majlis kejayaan filem ‘Pathaan’. Akuinya selepas beberapa filemnya gagal, dia telah mempertimbangkan untuk membuka sebuah restoran.

“Seperkara lagi yang terlintas di fikiran saya ialah filem terakhir saya, ‘Zero’, tidak lagi berjaya. Ramai yang mengatakan filem saya tidak akan berjaya lagi, jadi saya terfikir untuk memulakan perniagaan baru. Saya juga belajar memasak, berharap untuk membuka restoran. Saya belajar membuat makanan Itali.”

Foto – Pinterest

Beberapa tahun sebelum itu, SRK pernah menyatakan hasratnya untuk membuka restoran selepas mendapat inspirasi daripada figura peninju Amerika, Jake LaMotta, yang turut membuka restoran dan sering melayan tetamunya.

Foto – Page Six

“Saya nak macam itu. Bila sudah gemuk, saya nak buka restoran dekat Juhu atau mana-mana dan layan orang. Saya fikir saya akan kelihatan sangat seksi hanya dengan memakai apron. Sudah tentu ramai tetamu akan larikan diri jika saya hanya memakai apron, tetapi saya mahu melayan orang.”

SRK turut menyatakan dia gemar untuk memasak dan terpengaruh dengan tabiat ibu bapanya sehingga dia mendapat inspirasi untuk belajar memasak makanan Eropah.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |