Siapa tidak mengenali abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman yang merupakan personaliti terkenal dan kini bergiat aktif dalam berkongsi kandungan-kandungan ilmu menarik di laman media sosial milik beliau.
Syed Abdullah lebih dikenali sebagai Space Dollah, 36, baru-baru ini berkongsi kisahnya dalam sebuah podcasts siaran @jujutalks mengenai perubahan penampilan beliau akibat penyakit kulit Vitiligo yang dihidapinya sepanjang 4 tahun lepas.
@ohjujumsIt was my 1st @jujutalks_ anniversary yesterday And I would like to thank @spacedollah for the support and encouragement for me to do this podcast. He is one of the person who made me dare to redah for this podcast (besides few other people) Many inspiring stories from him. This is one of it ☺️ Thank you Syed Abdullah! You are amazing! ☺️ #fyp #reelsinstagram #podcast #jujutalks @KL Podcast Studio @JujuTalks @Spacedollah
♬ original sound – Juliana MS | Podcaster – Juliana MS | Podcaster
Vitiligo atau lebih dikenali sebagai sopak adalah sejenis penyakit kulit yang menghasilkan melanin (pigmen dalam kulit) mati atau berhenti berfungsi. Hal Ini menyebabkan kulit kehilangan warna dan berubah menjadi warna putih.
“Masa saya mula kena vitiligo saya tak post apa-apa sepanjang 6 bulan” luah Syed Abdullah
Malu untuk keluar…
Tambahnya lagi, beliau malu untuk keluar, berjumpa rakan dan mengambil gambar kerana segan namun kemudiannya mula menyedari bahawa dirinya tidak perlu ambil kisah dan fikirkan pandangan orang lain.
“Pada mulanya saya ingat ini adalah panau, lepas guna ubat panau kesannya tidak hilang tapi makin bertambah dan merebak di sekitar muka” Katanya lagi.
Selepas merujuk pakar dan disahkan menghidapi penyakit Vitiligo, Syed Abdullah berasa amat tertekan dan sedih namun tetap meneruskan kegiatannya seperti biasa.
“Nasihat saya kepada siapa-siapa yang menghidapi penyakit kulit untuk ambil masa dalam menerima kekurangan diri. Jangan tertekan dan terlalu ikut video-video kata semangat di media sosial. Ambil masa dan kembali selepas rasa diri okay.”
Menerima kekurangan dan yakin dengan penampilan diri amat penting bagi membina semangat untuk terus hidup. Kadangkala, kelainan itu menjadikan diri kita lebih unik daripada orang lain. Apa yang penting adalah untuk kita sendiri menerima kelainan itu berbanding orang lain.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.