Pasti kamu tak sangka bahawa Shah Rukh Khan (SRK) juga pernah mengalami situasi di mana keretanya ditarik oleh pihak bank semasa bekerja.
Insiden ini dikongsi oleh Juhi Chawla apabila dia menceritakan bagaimana satu-satunya kereka SRK ketika itu ditarik oleh pihak bank kerana tidak mampu membayarnya. Ianya berlaku pada awal kerjayanya, ketika SRK belum mempunyai rumah di Mumbai.

Dalam salah sebuah video yang viral di media sosial, Juhi mengimbau kembali perjuangan SRK semasa awal kerjayanya.
“Saya masih ingat SRK pada masa itu. Dia tidak mempunyai rumah di Mumbai, jadi dia datang dari Delhi. Sudah tentu tiada siapa yang memasak untuknya dan saya tak pasti di mana dia tinggal. Tetapi dia akan bawa masakan dan minuman untuk mereka, bergurau senda dan bercakap dengan mereka.”
Pada masa yang sama, Juhi turut bercerita mengenai satu-satunya kereta SRK, yang akhirnya ditarik oleh pihak bank ketika bekerja.
“Dia (SRK) mempunyai satu kereta. Ia adalah Gypsy. Dia pernah lakukan 2-3 syif kerja. Kami bekerja bersama untuk filem ‘Raju Ban Gaya Gentleman’ dan ‘Dil Aashna Hai’ dan kemudiannya dia membuat filem lain dengan aktres Divya. Dia pernah bekerja sepanjang masa tetapi tidak cukup untuk membayar keretanya. Atas sebab tertentu, keretanya dibawa pergi dan dia tidak mempunyai apa-apa.”

SRK juga pernah berkongsi mengenainya dan dia memberitahu bahawa Juhi telah meminjamkan keretanya untuk dia gunakan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.