Kondominium Seorang Sebiji, Aeril dan Wawa Beri Hadiah Birthday untuk Anak Berumur Tiga dan Empat Tahun

3 weeks ago 21

Siapa yang tidak mengenali dengan dua pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang nama mereka seringkali menjadi sebutan terutamanya ketika adanya isu-isu viral yang menjadi trend.

Baru Menyambut Hari Lahir

Pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Ayya Sofia dan Muhammad Fahri.

Terbaru keluarga ini baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran dua orang anak mereka iaitu Sofia yang berumur 4 tahun dan Fahri berumur 3 tahun.

Sempena sambutan kelahiran tersebut, pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah menghadiahkan Soffya dan Fahri sebuah rumah jenis kondominium di Bangi, Selangor.

Sebagai Aset Masa Hadapan

via Instagram Wawa Zainal

Menurut Wawa dia dan suami sepakat memberikan hadiah itu untuk dijadikan aset anak mereka pada masa akan datang.

Kali ini bagi anak-anak rumah, itu untuk masa depan mereka.

Seorang satu, jenis rumah pula adalah kondominium di kawasan Bangi, Selangor.

Harga tak mahal mana, tak perlu ceritalah tentang itu.

Dalam pada itu, Wawa berkata dia dan Aeril juga tidak pernah lupa menyimpan wang untuk setiap daripada anak-anaknya setiap bulan.

Baginya, simpanan tersebut amat berguna dan bakal digunakan untuk tujuan pendidikan atau ketika kecemasan.

Malah Wawa juga menyatakan bahawa dia sendiri tidak tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang dan sebab itula dia dan suami sudah mula menyimpan untuk anak-anaknya.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |