Bahagia Walaupun Berbeza Agama, Ini 5 Selebriti Bollywood Yang Berkahwin Dengan Lelaki Islam

3 days ago 13

Perkahwinan antara agama adalah topik yang sangat sensitif. Di India, jika pasangan itu berlainan agama dan mahu berkahwin, perkahwinan mereka akan menjadi sukar untuk dijalankan dan tidak diterima dengan baik oleh masyarakat.

Bagi pasangan yang berani melangsungkan perkahwinan antara agama, terutamanya Hindu-Muslim, mereka ini akan dilabel sebagai melakukan jihad cinta.

Walau bagaimanapun, ramai selebriti Bollywood telah mengingkari kepercayaan pantang larang ini dan berkahwin dengan cinta sejati mereka tanpa mengira agama mereka.

Nak tahu siapa?

Foto – The Indian Express

1. Amrita Singh-Saif Ali Khan 

Pelakon Amrita Singh pernah berkahwin dengan Saif Ali Khan pada tahun 1991. Menurut beberapa sumber, Amrita dikatakan telah memeluk agama Islam sebelum berkahwin dengan Saif. Pasangan ini mempunyai dua orang anak sebelum bercerai pada tahun 2004.

2. Kareena Kapoor-Saif Ali Khan 

Foto – Siasat

Selepas bercerai dengan Amrita Singh, Saif Ali Khan berkahwin dengan pelakon Kareena Kapoor pada tahun 2012. Bagaimanapun, Kareena tidak memeluk agama Islam seperti Amrita dan ibunya, Sharmila Tagore.

3. Urmila Matondkar-Mohsin Akhtar Mir 

Foto – The Indian Express

Pelakon Bollywood yang kini menjadi ahli politik, Urmila Matondkar berkahwin dengan ahli perniagaan-model Mohsin Akhtar Mir yang berpangkalan di Kashmir pada 2016.

4. Sangeeta Bijlani-Mohammed Azharuddin 

Foto – DNA India

Bekas Miss India dan pelakon, Sangeeta Bijlani berkahwin dengan pemain kriket iaitu Mohammed Azharuddin pada 1996. Tidak bertahan lama, perkahwinan mereka berakhir pada 2010 kerana spekulasi Azhar mempunyai hubungan sulit.

5. Sharmila Tagore-Nawab Mansoor Ali Khan 

Foto – Mid-Day

Pelakon popular Bollywood, Sharmila Tagore telah berkahwin dengan bekas kapten pasukan Kriket India iaitu Nawab Mansoor Ali Khan pada tahun 1968. Selepas berkahwin, Sharmila memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Begum Ayesha Sultana.

Apa pendapat kamu?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |