Pelakon, Datin Intan Najuwa meluahkan rasa kesal terhadap segelintir netizen yang melemparkan tuduhan terhadapnya yang dikatakan tidak menjaga kebersihan barangan kelengkapan bayi sulungnya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Intan, menerusi Insta Stories menegaskan bahawa dia telah menghantar segala pakaian bayi untuk cucian kering sebelum dipakai oleh cahaya matanya kelak.
“Hmm penat nak jawab satu-satu. Soalan pun macam kita ni tak ada common sense sangat. Selimut tu tak basuh ke? Baju baby tu tak basuh dulu ke? Itu tak basuh ke? Ini tak basuh? Takkan lah tak basuh guys.
Baju baby semua saya hantar pergi dry clean, cuci bersihkan sebersih-bersihnya.”-tegas Intan
“Satu Rumah Ni Saya Panggil Orang Deep Cleaning & Sanitize..”
Tambahnya lagi, dia turut memastikan kediamannya itu telah dibersihkan dan disanitasi sebelum membawa pulang bayinya itu.
“Jangan cakap baju, bilik dia, satu rumah ni saya panggil orang deep cleaning & sanitize sekali sebelum nak bagi baby masuk.
Kalau nak cakap pasal kebersihan, anda tidak akan percaya betapa organized diri saya dan betapa saya beri perhatian kepada kebersihan.
Kadang-kadang soalan macam kita ni benak ubi sangat tak tahu pasal benda basic. Okay done bebel.”-tulis Intan di Insta Stories
Sekadar info, Intan Najuwa mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos tahun lalu. Hasil perkahwinan, pasangan ini dijangka bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.