Konsert The Journey of Sound: Judika dan Datuk Seri Siti Nurhaliza masih menjadi bualan netizen dan selayaknya diberi pengiktirafan lebih-lebih lagi dengan kehadiran lebih 24,000 penonton dari pelbagai pelusuk negeri.
Malah, pelakon, Anzalna Nasir merupakan antara selebriti yang hadir menyaksikan persembahan Siti Nurhaliza dan Judika yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Kuala Lumpur pada Sabtu.
Anzalna, menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, turut memaparkan dirinya yang ‘sing along’ persembahan Siti Nurhaliza, malah sempat berseloroh berkongsi rasa simpati dengan individu berhampiran yang terpaksa mendengar suaranya itu.
“Kesian dia kena hadap suara i sepanjang malam hahaha. Berdarah telinga Sitizoner dengar suara Anzalna. Maaf dik, ini je akak mampu.”-kapsyen Anzalna di TikTok
@anzalnanasirKesian dia kena hadap suara I sepanjang malam hahahahhahahahhaha #journeyofsoundjudikasitinurhaliza
♬ original sound – Anzalna Nasir – Anzalna Nasir
“Sebelah Anzalna Tu Punya Khusyuk Macam Tengah Dengar Ceramah…”
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat gelagat Anzalna yang ‘menghayati’ persembahan Siti, malah ramai yang perasan terhadap reaksi lelaki di sebelah Anzalna yang kelihatan serius ketika menonton konsert Siti Nurhaliza dan Judika.
“Sebelah Anzalna tu punya khusyuk macam tengah dengar ceramah forum perdana.”
“Kenapa orang sekeliling serius macam dengar forum perdana ni 😂😂 .”
“Tengok konsert ke tengok ceramah agama sebelah tu 😂.”
“Weh kami yang kat atas sama-sama menyanyi dan menari. Kat bawah kaku je macam tengok ceramah. Hahaha.”
“The real sitizoner 😂😂😂. Takpe berdarah telinga orang sebelah pun hahaha.”
“Murung betul yang kat sebelah tu 😂.”
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.