[VIDEO] Gelagat Peminat Tanya Soalan Dekat Izara Aishah Raih Perhatian Ramai!-“Mana Nak Ingat Oii”

3 days ago 20

Pasti semua mengenali pelakon wanita Malaysia yang cukup terkenal dengan kecantikkan dan keanggunannya, Nik Izara Aishah Nik Izazurin atau lebih mesra disapa Izara Aishah. 

Izara Aishah kini aktif di media sosial miliknya terutamanya di instagram dan tiktok. Dia Sering membuat live di tiktok untuk menunjukkan cara-cara memakai tudung sambil menjual cardigan dan tudung jenamanya sendiri.

“Dia Pulak Tanya Izara Tu Macam Kawan Kawan, Manalah Nak Ingat Hahahaha”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitisuhaila94 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 275 ribu, tanda suka sebanyak 11 ribu dan sebanyak 30 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan peminat yang menanyakan soalan kepada Izara Aishah bilakah kali pertama mereka berjumpa.

@sitisuhaila94

#izaraaishah #fypシ #tiktokviral

♬ original sound – Kekasih Suhaila Rahman – Kekasih Suhaila Rahman

Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Izara Aishah berjumpa dengan ramai orang mana mungkin beliau menggingati setiap peminat yang bertemu dengannya itu.

Tambah mereka lagi, lakonan Izara Aishah juga meraih perhatian ramai sehingga membuatkan ramai yang meminati dirinya.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |