“Pelakon Baru Yang Menyerlah” – Nabila Huda Puji Semua Yang Terlibat Dalam filem Kahar: Kapla High Council

2 weeks ago 16

Sekarang ini sedang menjadi ‘tranding’ untuk filem Kahar: Kapla High Council.

Kejayaan filem “Kahar: Kapla High Council” meraih kutipan RM5.5 juta sejak tayangan rasmi pada 28 November lalu menunjukkan sambutan luar biasa penonton terhadap karya tempatan dan kemampuan filem ini untuk bersaing dengan filem antarabangsa.

Semakin Diterima Baik

Kejayaan ini menjadi bukti bahawa industri perfileman tempatan semakin berkembang dan diterima baik oleh penonton.

Filem yang diarahkan oleh Razaisyam Rashid, dengan skrip oleh pencipta Anwari Ashraf, serta dibintangi oleh Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Khenobu, Thompson Goh, dan Husyairi Hussin.

Kejayaan filem itu juga telah menarik perhatian salah seorang pelakon hebat Malaysia, Nabila Huda.

Dalam satu hantaran di Instagram milik Nabila Huda, dia menyatakan perasaan bangganya dengan semua yang terlibat dalam filem tersebut.

Pelakon Baru Yang Menyerlah

via Instagram Nabila Huda

Baginya, pelakon baru yang turut terlibat dalam filem tersebut betul-betul menyerlah ditambah dengan jalan cerita yang sangat sempurna.

Tonton Kahar: Kapla High Council semalam, dan saya sangat bangga dengan semua yang terlibat!

Pelakon-pelakon baru benar-benar menyerlah, jalan cerita sangat sempurna, dan setiap butiran begitu cantik.

Saya sangat sukakan setiap watak, termasuk watak sampingan.

Saya sangat menyukainya!! Ikatan antara adik-beradik itu terasa sangat real, dan ya, saya menangis!

Tahniah kepada seluruh pasukan—anda semua memang layak untuknya!!

Tambah Nabila, dia sangat sukakan semua watak yang terlibat walaupun watak sampingan.

Akhir penulisan Nabila Huda, dia mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam filem tersebut.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |