Fakta Sebenar, Apabila Rekha Jadi ‘Third Wheeler’ Antara Jaya & Amitabh Bachchan

4 days ago 23
Web Berita News Siang Jitu Terbaru

Sehingga ke hari ini, kisah mengenai hubungan sulit antara Rekha dan Amitabh Bachchan masih lagi hangat diperbincangkan. Sebelum menjalinkan hubungan sulit, Rekha didakwa mempunyai hubungan persahabatan yang sangat rapat dengan Jaya.

Bukan itu sahaja, dia juga dikatakan menjadi “third wheeler” apabila pasangan itu pergi berjalan-jalan menaiki kereta, sama ada bersiar-siar sekitar bandar atau luar bandar.

Foto – YouTube

Menurut beberapa sumber, Rekha pada awalnya adalah jiran kepada Jaya apabila dia berpindah ke bangunan yang sama pada usia 18 tahun.

Dan memetik kenyataan dalam biografi rasmi Hanif Zaveri tentang pelakon Mehmood ‘Mehmood: A Man of Many Moods’, memberikan bukti mengenai perkara ini.

Foto – The Indian Express

“Amitabh dan Anwar (abang Mehmood) adalah kawan rapat. Anwar memberitahu saya, dia sering membawa Jaya dan Amitabh memandu jauh. Kedua-duanya akan duduk di kerusi hadapan bersamanya, manakala Rekha akan duduk di kerusi belakang dan bercakap sepanjang perjalanan.”

Foto – Pinterest

Amitabh dan Rekha pertama kali bertemu di set ‘Do Anjaane’ (1976), di mana ketika itu Amitabh telah pun berkahwin dengan Jaya. Apabila kedua-duanya mula merasakan sesuatu di antara satu sama lain, muncul khabar angin mengenai hubungan sulit mereka.

Tetapi khabar angin itu tidak bertahan lama dan akhirnya mereka ‘berpisah’.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |