Iqbal Zulkefli Dedah Sikap Sebenar Bapa?-“Ayah Saya Tak Percaya Saya Anak Dia..”

3 days ago 18

Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli mendedahkan sikap bapanya selepas menyifatkan Hari Raya sudah hilang makna selepas arwah ibunya meninggal.

Iqbal, menerusi hantaran di Insta Stories, mendedahkan bahawa dia dipukul oleh bapanya tanpa alasan yang jelas sejak kecil sehinggalah besar.

Dedah Sikap Sebenar Bapa?

Malah, bapanya juga akan mengamuk jika orang ramai menyamakan wajahnya seakan mirip dengan wajah Iqbal.

“Saya terharu ramai yang ajak saya beraya di kampung mereka. Berat, banyak hati yang saya cuba jaga. Namun, trauma, penat untuk berselindung kenyataan.

Pertama kali ayah saya melihat saya ketika usia saya sudah setahun lebih. Ibu saya mengandungkan saya sendirikan kerana ayah saya menetap di luar negara. Ayah saya tidak percaya saya anak dia.

Jadi sejak kecil, saya dipukul sehinggalah saya besar. Tanpa alasan atau kesilapan yang jelas. Jika adik-beradik yang lain bergaduh, saya yang duduk diam tiba-tiba dipukul.

Ayah saya akan mengamuk jika orang cakap muka saya seakan mukanya.”-dedah Iqbal di Instagram

“Saya Pernah Ikut Arwah Ibu Lari Rumah Tanpa Arah Tuju…”

Dedahnya lagi, dia menjadi saksi sejak kecil melihat arwah ibunya itu pernah cuba untuk membunuh diri menggunakan pisau serta racun.

“Sejak kecil saya menjadi saksi arwah ibu saya cuba untuk bunuh diri kerana tekanan hidup. Cubaan dengan pisau, minum racun, clorox. Tanpa keluarga terdekat tahu pun. Saya pernah ikut arwah ibu lari rumah tanpa arah tuju.

Sejak dulu, tiba hari raya, saya akan jadi diam di dalam bilik sahaja dan mahu cepat-cepat habiskan hari raya.

Maafkan saya, hanya secebis sahaja saya ceritakan kerana tidak mampu bertahan lagi.”-dedah Iqbal lagi

Apa komen anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |