Gelagat anak perempuan usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida iaitu Raudhah Arshiyah mencetuskan rasa terhibur netizen apabila disoal mengenai sikap abang-abangnya iaitu Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh Datin Shahida di Instagram, menyifatkan Raudhah sangat kuat membebel ketika di rumah. Malah, dia sempat mencadangkan agar menghantar Yusoff ke rumah anak-anak yatim piatu jika Yusoff berkelakuan nakal.
“Ni sorang lagi mulut tu kalau bercakap kuat betul membebel. Kalau dalam rumah tu suara dia je dengar lah.
Bab mengadu memang nombor satu. Kalau Yusoff ni nakal sangat, dia siap bagi cadangan suruh saya hantar je Yusoff ni dekat rumah anak-anak yatim piatu.”-kongsi Shahida di Instagram
“Yusoff Ni Nakal, Baem Ni Abang Saya, Dia Suka Buli Adik Dia…”
Disoal mengenai sikap Baem dan Yusoff, Raudhah mendedahkan bahawa Yusoff berkelakuan nakal dan membuli pembantu rumah serta adiknya. Malah, abangnya iaitu Baem sering berlawan antara satu sama lain dengan dengan Yusoff.
“Yusoff ni nakal, lepastu dia suka ketuk maid, dengan ketuk kakak, dengan adik dia.
Baem ni abang saya, dia suka lawan dalam swimming pool atau dekat rumah. Dia suka buli adik dia. Dia suka lawan main lawan dengan abang Yusoff.”-kata Raudhah
Netizen Terhibur!
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat gelagat Raudhah, malah ada yang turut menyifatkan Raudhah menyanyi lagu kakaknya ‘Raya Gen Z’ dengan baik.
“Sedap Suara Raudhah nyanyi, Dah nampak suara dan bakat mama menurun kat sape 😂.”
“Berani nak hantar CEO gi rumah anak yatim 😂.”
“Ni pus best tengok ahaha banyak-banyak kan video Raudhah dan Yusoff ye Datin 😍😍.”
“Semua sepesen je bercakap..Tapi Raudhah lah yang paling Auntie suka ❤️❤️.”
“Sedap Raudhah nyanyi 😍.”
“Tangan tu kalau bercakap tak boleh duduk diam ya. Hehe comey dan cerdik sungguh Raudhah.”
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.