AirAsia meraikan penerbangan tambang tetap pertamanya bagi musim perayaan Hari Raya dengan muatan penuh sebanyak 100 peratus.
Diraikan Di KLIA T2
Semua 186 tetamu dalam penerbangan AirAsia AK5648 ke Miri, Sarawak diraikan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) oleh YB Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan dan Datuk Kapten Chester Voo, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Penerbangan) AirAsia Aviation Group.
Inisiatif penerbangan tambahan khas dengan tambang tetap ini telah dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan pada 26 Februari 2025 yang menawarkan sejumlah 16,000 tempat duduk dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke 10 laluan di Sabah dan Sarawak pada tambang tetap RM328 ke Sarawak dan RM388 ke Sabah sehala.
Mengadakan Sambutan Hari Raya

AirAsia turut mengadakan sambutan Hari Raya di KLIA T2 dengan penampilan istimewa oleh penyanyi Mimifly dan AirAsia Fun Team serta pelbagai aktiviti dan hadiah menarik.
Tetamu yang melakukan perjalanan semasa tempoh Hari Raya Aidilfitri digalakkan untuk mendaftar masuk kendiri menggunakan aplikasi AirAsia MOVE, yang tersedia seawal 14 hari sebelum berlepas, serta menggunakan pas masuk elektronik untuk menaiki penerbangan mereka.
Bagi pengalaman penerbangan perjalanan lancar, para tetamu dinasihatkan untuk tiba awal di lapangan terbang selama dua (2) jam sebelum waktu pelepasan yang dijadualkan untuk penerbangan domestik dan tiga (3) jam untuk penerbangan antarabangsa.
Patuhi Waktu Yang Ditetapkan
Kaunter daftar masuk akan ditutup satu (1) jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) dan 45 minit sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan bagi penerbangan domestik di lapangan terbang lain di seluruh Malaysia.
Setiap tetamu dibenarkan membawa satu bagasi kabin (56 x 36 x 23cm) dan satu beg kecil, sama ada beg komputer riba, beg tangan atau beg kecil ke dalam pesawat.
Jumlah berat keseluruhan kedua-dua bagasi tidak boleh melebihi 7kg.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.