“Tak Se-Level Dengan Kuku Kaki Suami Saya!”- Apabila Sanjeev Kumar Ditampar Nutan Kerana…

3 days ago 14

Pelakon lagenda, mendiang Nutan sering dianggap sebagai salah seorang pelakon serba boleh sepanjang zaman. Dalam kerjayanya yang cemerlang dalam industri Bollywood, Nutan juga tak terlepas daripada kontroversi yang merosakkan imejnya.

Nutan yang pernah bekerja dengan Sanjeev Kumar dalam filem seperti ‘Gouri’ dan ‘Devi’, terkejut apabila mendengar khabar angin mengaitkannya secara romantik dengan aktor tersebut.

Apa yang membuatkan keadaan tersebut lebih buruk ialah spekulasi bahawa dia merancang untuk menceraikan suaminya, Rajnish Bahl, untuk bersama Kumar.

Foto – Bollywood Shaadis

Pada mulanya Nutan hanya menepis dakwaan itu dengan ketawa tetapi ia menjadi serius selepas dia tahu bahawa Sanjeev sendiri yang mencetuskan khabar angin tersebut.

“Saya terganggu dan bingung. Selain menjadi pelakon bersama saya, Sanjeev bukan apa-apa bagi saya.”

Foto – DNA India

Dia seterusnya mendedahkan apabila rakannya mengesahkan bahawa Kumar secara peribadi memberitahu wartawan bahawa mereka tinggal bersama dan mempertimbangkan untuk berkahwin.

“Dia (Kumar) berani mengatakan bahawa kami berkira-kira untuk mendapatkan hak penjagaan anak saya! Menyampah!”

Foto – Times of India

Berdepan dengan Kumar, Nutan hanya mengharapkan penjelasan. Tetapi sikap Kumar yang meremehkan Nutan membuatkan aktres itu semakin marah.

Dia menggambarkan bagaimana Kumar berdiri dengan tangan di pinggulnya dan memberikan ekspresi bosan apabila diminta untuk menjelaskan.

“Saya tidak tahan lagi. Saya memberikan satu tamparan pedih dan kata-kata pedas!”

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |