Pendakwah bebas, PU (Pencetus Ummah) Amin mencuri perhatian apabila menyuarakan kebimbangannya terhadap lambakan drama dan filem yang cuba mengetengahkan unsur percintaan sejenis.
Menerusi hantarannya di platform Threads, Amin menggesa orang ramai untuk tidak menonton dan memboikot kandungan yang mempunyai unsur sedemikian.
“Kena bangkit boikot dan haramkan drama/filem/content Melayu Islam yang ada unsur LGBT.”
PU Amin Gesa Boikot Drama-Filem Unsur Cinta Songsang
Pendakwah bebas itu menekankan bahawa masyarakat Malaysia, khusunya mereka yang beragama Islam, tidak seharusnya berdiam diri apabila nilai yang bertentangan dengan syariat mula dimasukkan dalam karya hiburan.
“Tak kan nak tunggu azab baru nak sedar, apa akan jadi pada anak-anak, keturunan kita nanti? Tak kan tak risau masa depan generasi kita? Jangan diam!”
Jika dibiarkan tanpa sebarang tindakan, ia mempunyai potensi untuk mempengaruhi dan merosakkan akidah serta akhlak generasi muda yang masih dalam proses membentuk identiti diri.
Hantaran PU Amin itu telah mendapat perhatian ramai, di mana rata-ratanya turut meminta ibu bapa untuk memainkan peranan dalam mengawasi kandungan yang ditonton oleh anak-anak.
Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa isu kandungan drama atau filem perlu dibincangkan secara lebih mendalam, termasuklah garis panduan hasil kandungan yang sesuai untuk penonton.
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
3
Star
Star
2
Sad
Sad
Weary
Weary

1 day ago
11







![[VIDEO] Terlalu Taksub, Netizen Sokong Yu Yuhan ‘Lempang’ Peminat Sasaeng](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/picture-19.webp)









![[VIDEO] Sheila Majid Buka Tirai Jiwa Merdeka, Ombak KLCC Jadi Pentas Budaya Malaysia](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-29-at-15.31.35-3.webp)













![[REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-10-1.webp)

















