
Drama televisyen Malaysia 2026, Good Boys Go To Heaven (GBGTH) arahan Ariff Zulkarnain dengan skrip tulisan Mira Mustaffa terus mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan penonton selepas episod ketujuh yang ditayangkan semalam seolah-olah mendedahkan identiti pembunuh sebenar Ahyan.
Dalam episod berkenaan, segala petunjuk seakan-akan membawa kepada Dr Anwar Naha, bapa kepada Mia yang ketika kecil dikenali dengan nama panggilan War. Beberapa dialog dan babak penting membuatkan ramai percaya misteri yang menjadi tunjang siri tersebut akhirnya sudah terjawab.
Namun, pendedahan itu tidak menamatkan sepenuhnya teori peminat.
Malah, persoalan baharu mula timbul apabila difahamkan siri tersebut masih mempunyai satu lagi episod utama, iaitu episod kelapan, sebelum diteruskan dengan dua episod bonus yang menjadikan keseluruhan siri berjumlah 10 episod.
Perkara itu membuatkan sebahagian penonton beranggapan pendedahan terhadap Dr Anwar Naha mungkin sekadar ‘umpan’ sebelum plot twist sebenar didedahkan.
Di Threads, seorang pengguna meluahkan rasa ragu-ragu terhadap pembabitan Dr Anwar Naha.
“Aku tak rasa dia yang bunuh Ahyan. Masa dia cakap ‘aku sayang dia, Ser, dan ni semua salah kau’, aku rasa dia sebenarnya nak lindungi seseorang. Mungkin dia tahu pembunuh sebenar atau dia berada di tempat kejadian. Writer saja nak kita fokus dekat Nahar. Kalau ikut formula plot twist, orang yang nampak bersalah selalunya bukan pembunuh sebenar.”
Malah, individu itu turut mempersoalkan keberadaan bapa Yasser yang dikatakan masih hidup dan berpotensi menjadi suspek tersembunyi.
Sementara itu, seorang lagi pengguna Threads berpendapat Dr Anwar Naha mungkin hanya terlibat dalam jenayah seksual dan bukannya pembunuhan Ahyan.
Menurut teorinya, dua individu yang mempunyai motif paling kuat ialah Zayd dan Bahamin.
“Instinct saya mengatakan Nahar hanya SA. Dia macam sudah digrooming dan ketagihan sehingga terbawa-bawa ke alam dewasa. Suspek pembunuh antara Zayd atau Bahamin.
“Zayd pula pernah dilihat dalam episod pertama bercakap dalam keadaan mabuk mengenai Dahlia. Mungkin dia memang menyimpan perasaan terhadap Dahlia sejak dahulu dan berdendam dengan bapa Yasser, lalu membunuh Ahyan bagi menjadi punca hubungan Dahlia dan Yasser berakhir,” tulis pengguna berkenaan.
Perkembangan terbaharu ini membuatkan ramai tertanya-tanya sama ada misteri kematian Ahyan benar-benar sudah terungkai atau masih ada rahsia lebih besar yang sengaja disimpan oleh pihak produksi untuk episod-episod terakhir.
Dengan dua episod bonus yang masih menanti, tidak mustahil pendedahan terhadap Dr Anwar Naha hanyalah sebahagian daripada permainan naratif yang disusun bagi mengaburi mata penonton.
Setakat ini, persoalan terbesar masih belum terjawab sepenuhnya adakah GBGTH sudah menamatkan misteri pembunuh Ahyan, atau pelaku sebenar masih belum didedahkan? Hanya episod-episod terakhir bakal memberikan jawapannya. Jadi anda boleh strim Astro Originals GBGTH Astro One dan aplikasi sooka.
The post [REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu appeared first on Murai MY.

3 hours ago
7








































![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)










