“Saya India, Ini Permintaan Yang Adil”- Netizen Puji Lelaki Tegur Bunyi Bising Kuil Di Sentul

6 hours ago 5

Bila tinggal di kawasan perumahan, isu bunyi bising memang boleh jadi perkara sensitif. Lagi-lagi kalau bunyi tersebut berlarutan sehingga lewat malam.

Baru-baru ini, seorang pengguna Threads meluahkan kebimbangan mengenai bunyi bising yang didakwa datang dari Sri Maha Agni Muniswarar Temple di Sentul sejak beberapa hari lalu.

Menurutnya, bunyi bacaan doa, paluan gendang dan pembesar suara yang kuat kedengaran selama berjam-jam sehingga masih jelas didengari sekitar jam 11.45 malam.

Kuil

Aduan Sri Maha Agni Muniswarar Temple, Tapi Cara Tegur Jadi Perhatian

Menariknya, lelaki berkenaan tidak menggunakan bahasa kasar atau terus menuding jari. Sebaliknya, dia hanya membangkitkan persoalan mengenai tahap bunyi, tempoh dan waktu aktiviti kerana kawasan tersebut turut dihuni penduduk.

Cara teguran itu kemudiannya mendapat sokongan daripada seorang netizen yang mengakui dirinya berbangsa India.

Menurutnya, permintaan tersebut adalah wajar kerana soal ibadah merupakan satu perkara, namun ia tidak sepatutnya menjadi gangguan kepada orang lain.

Seorang lagi netizen turut meminta maaf bagi pihak komuniti serta berharap ada pihak yang boleh menyampaikan perkara tersebut kepada pengurusan kuil supaya lebih bertimbang rasa.

Kuil

Hormat Itu Dua Hala

Sebenarnya, inilah bahagian yang menarik. Isunya bukan tentang siapa betul atau siapa salah, tetapi bagaimana kita hidup bersama dalam komuniti yang mempunyai pelbagai agama dan budaya.

Nak beribadah, silakan. Nak menjalankan aktiviti keagamaan, itu juga sebahagian daripada kehidupan masyarakat kita.

Tetapi kalau bunyi sampai lewat malam, jiran yang esoknya perlu bangun kerja awal mungkin sudah mula fikir, “Ini nak sambung tidur atau sambung zikir?”

Dalam masyarakat majmuk, toleransi bukan bermaksud kita perlu tahan semuanya. Pada masa sama, teguran juga tidak semestinya perlu datang dengan makian atau sentimen perkauman.

Kadang-kadang, cakap elok-elok pun sudah cukup untuk membuka ruang perbincangan.

Apa yang penting, masing-masing kena faham bahawa hormat itu dua hala.

Thumbs

Thumbs

2

Hearts

Hearts

5

Haha

Haha

1

Star

Star

2

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |