Dalam drama terbaharu berjudul Jiwa Seorang Pentaksub, telah mencuri perhatian sejak awal lagi kerana menampilkan gandingan semula dua nama besar Datuk Rosyam Nor dan Rita Rudaini.
Drama 25 episod arahan Nur Ain Sharif terbitan Suhan Movies & Trading ini bakal menemui penonton bermula 1 Jun 2026, secara eksklusif di iQIYI. Selain dua pelakon utama ini, ia turut dibintangi Sophia Albarakbah, Shahz Jaszle dan Ady Mohammad.
Cerita dia memang bukan biasa-biasa. Rosyam Nor membawa watak Firzan, seorang lelaki yang bermula sebagai pemandu peribadi kepada seorang ahli politik berpengaruh, sebelum perlahan-lahan membina empayar kuasa sendiri hingga menjadi figura yang disanjung ramai.
Tapi di sebalik kejayaan itu, Firzan sebenarnya semakin tenggelam dalam dunia penuh manipulasi dan obsesi terhadap kuasa. Apa yang nampak sempurna di luar, rupanya penuh retak di dalam.
Keadaan jadi lebih tegang bila muncul watak Diana (Sophia Albarakbah), seorang pempengaruh media sosial yang juga teman wanita kepada anaknya sendiri. Dari situ, permainan emosi dan kuasa mula bertukar jadi lebih gelap dan tidak terkawal.
Dalam masa sama, watak Suri (Rita Rudaini) pula menjadi individu paling setia di sisi Firzan, namun menyimpan terlalu banyak rahsia yang hanya menunggu masa untuk meletup.
Rosyam Nor sendiri menyifatkan Firzan sebagai lelaki yang sentiasa merasakan dirinya betul, bijak memanipulasi persepsi orang sekeliling demi kepentingan sendiri. Karakter ini dijangka membuat penonton geram, tetapi dalam masa sama sukar untuk berhenti menonton.
Dengan gandingan semula Rosyam Nor dan Rita Rudaini dalam naskhah berat seperti ini, ramai sudah mula meramalkan ia bakal menjadi antara drama yang mencetus perhatian besar apabila mula bersiaran nanti — penuh kuasa, konflik dan rahsia yang makin lama makin terbongkar.
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
4
Star
Star
5
Sad
Sad
1
Weary
Weary

7 hours ago
5




![[VIDEO] Nur Sajat Luah Rasa Sebak & Terharu- “Datang Support Pun Dah Cukup Happy”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-13-2.webp)













































