[VIDEO] Gelagat Yuki Dengan Cik Epal Buat Ramai Yang Sebak- “Dia Rindu Tapi Tak Pandai Luah”

5 hours ago 2

Sebuah video lama milik usahawan dan pempengaruh, Cik Epal (CE) bersama anaknya, Yuki kembali tular selepas dikongsi oleh seorang pengguna di platform Threads.

Menerusi kongsian pengguna, dikenali dengan nama @ibuumar, warganet menjadi tersentuh dan sebak melihat gelagat Yuki apabila berada dekat dengan ibunya.

“Stay Strong Yuki dan Cik Epal”- Netizen

Dalam video tersebut, Yuki nampak sangat mesra, berpelukan dan sentiasa mencium tangan CE. Gesture kecil seperti ini membuatkan warganet melihat ia sebagai salah satu cara kanak-kanak itu menyampaikan rasa sayang dan rindu terhadap ibunya walaupun tidak diucap dengan kata-kata.

@cikepal06

Yuki suka nau nak cium tangan aku. Sekarang makin manja pulak. Aku balik kerja je Yuki dah lari pergi pintu sambut aku sambil dia jerit “Yayy. Mama dah balikkk” pastu peluk aku lama-lama. Kemain tak nak lepas. Time tidur pon selagi aku tak peluk dia, selagi tu lah dia tak nak tidur😄. Siapa anak dia perangai sama macam Yuki? 🙋🏻‍♀️

♬ Cukup Sampai Sini – Cik Epal

“Ini yang paling sedih, dia (Yuki) rindu tapi takut atau tak tahu nak luahkan. Stay strong Yuki dan CE.”

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai yang memberikan pelbagai reaksi, yang menyentuh hati melihat hubungan dua beranak itu.

Foto – Threads

Malah ada juga yang berpendapat bahawa tidak semua kanak-kanak mampu meluahkan perasaan melalui kata-kata dan memilih perlakuan seperti ini untuk menunjukkan kasih sayang mereka.

Cik Epal YukiFoto – Threads

Untuk makluman semua, video mengenai Cik Epal dan Yuki kembali tular selepas bekas suaminya, Muhammad Syuhaimi mengumumkan mahkamah telah memuktamadkan hak hadanah penuh bagi dua anak mereka, Han dan Yuki jatuh kepadanya.

Thumbs

Thumbs

4

Hearts

Hearts

5

Haha

Haha

2

Star

Star

2

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |