Hard Rock Hotel Desaru Coast bakal meraikan ulang tahun ke-8 pada 26 September 2026 dengan sesuatu yang memang sinonim dengan jenama ini, muzik, hiburan dan pengalaman yang sedikit ‘loud’.
Kalau anda kebetulan merancang untuk ke Desaru Coast hujung minggu ini, mungkin inilah masa untuk tukar sedikit itinerary. Bukan setiap hari dapat sambut anniversary resort sambil layan persembahan band tempatan.
Hard Rock Hotel Desaru Coast & Gerhana Skacinta
Kemuncak sambutan ialah persembahan secara langsung oleh kumpulan ska tempatan, Gerhana Skacinta, pada jam 8.30 malam, 26 September.
Dengan gabungan pengaruh ska dan reggae, persembahan ini dijangka menjadi antara tarikan utama sepanjang sambutan. Kiranya, kalau sudah sampai Desaru tetapi malam-malam hanya duduk dalam bilik scroll TikTok, memang rugi juga.
Hard Rock Hotel Desaru Coast yang mula beroperasi pada 2018 kini memasuki tahun kelapan dengan tema 8IGHT & LOUD. Angka lapan yang dipusingkan menjadi simbol infiniti membawa maksud perjalanan yang masih panjang, manakala ‘LOUD’ pula menggambarkan semangat, kreativiti dan ekspresi diri.
8IGHT & LOUD Dengan Merchandise Eksklusif
Bagi yang suka kumpul merchandise atau sekadar mahu bawa balik sesuatu sebagai kenangan, Hard Rock turut melancarkan koleksi 8IGHT & LOUD edisi terhad.
T-shirt oversized hadir dalam dua rekaan dengan identiti 8IGHT & LOUD, lengkap dengan elemen siluet gitar yang cukup sinonim dengan dunia muzik Hard Rock. Merchandise ini hanya boleh didapati di Rock Shop® resort berkenaan.
Sambutan turut diserikan dengan 2026 Golf Classic, manakala Oktober nanti Hard Rock Hotel Desaru Coast akan meneruskan inisiatif PINKTOBER® bagi menyokong kesedaran kanser payudara.
Nak Stay Sekali?
Kalau anda memang mahu jadikan sambutan ini sebagai short getaway, School Holiday Special masih tersedia untuk penginapan sehingga 30 September 2026.
Pakej termasuk sarapan bufet harian, akses tanpa had ke Adventure Waterpark Desaru Coast dan Roxity Kids Club™, kredit makanan dan minuman RM80 setiap bilik semalam serta beberapa diskaun lain.
Lapan tahun sudah berlalu. Sekarang tinggal satu soalan, anda nak sambut dengan muzik, staycation atau tengok sahaja posting orang lain?
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
5
Star
Star
1
Sad
Sad
Weary
Weary

5 hours ago
1






![[FOTO] Anwar Ibrahim ‘Throwback’ Momen Di Penjara Sungai Buloh- “Hanya Melalui Telefon…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/picture-8-1.webp)


























![[REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-10-1.webp)


















