Galaxy Z Fold8 Ultra ‘Full Mark’! Kamera, Display & Prestasi Diuji Consumer Reports

3 hours ago 2

Kalau selama ini anda fikir telefon foldable sekadar nampak ‘wow’ bila dibuka dan ditutup, nampaknya teknologi ini sudah pergi jauh daripada itu.

Terbaharu, Galaxy Z Fold8 Ultra menerima markah sempurna 5/5 dalam setiap kategori ujian paparan dan kamera yang dijalankan oleh Consumer Reports, termasuk kamera belakang untuk foto dan video serta kamera hadapan untuk selfie.

Bagi yang memang kaki travel, suka rakam makanan atau tak pernah terlepas peluang buat content, keputusan ini boleh jadi sesuatu yang menarik perhatian.

Galaxy Z Fold8 Ultra Dengan Kamera 5/5

Dalam ujian tersebut, Galaxy Z Fold8 Ultra menunjukkan keupayaan menghasilkan imej yang tajam dengan warna yang tepat, termasuk ketika mengambil gambar dalam keadaan pencahayaan rendah.

Maksudnya, kalau anda jenis yang akan ambil 27 gambar makanan sebelum pilih satu untuk Instagram, kamera yang konsisten memang membantu. Tidaklah selepas snap baru perasan gambar gelap atau warna lari.

Galaxy Z Fold8 UltraSelain kamera, ketiga-tiga model Galaxy Z8 Series turut memperoleh markah 5/5 dalam kategori Performance Consumer Reports.

Ujian itu turut mengambil kira kelancaran prestasi, menu yang intuitif dan ciri-ciri yang memudahkan penggunaan. Ketiga-tiga model juga mencatatkan Predicted Reliability 91/100 berdasarkan maklum balas pembeli yang disurvei.

Galaxy Z Fold8 Ultra

Galaxy S26 Ultra Catat Bateri 51 Jam

Bukan siri foldable sahaja mendapat perhatian. Galaxy S26 Ultra turut mencatat skor keseluruhan 88 mata dalam penilaian Consumer Reports merangkumi prestasi, kebolehpercayaan dan kepuasan pengguna.

Menariknya, telefon ini merekodkan hayat bateri sehingga 51 jam 30 minit dalam ujian, walaupun menggunakan skrin berukuran 6.9 inci.

Dengan telefon kini menjadi sebahagian daripada rutin kerja, hiburan dan content harian, prestasi, kamera, ketahanan serta bateri memang semakin penting.

Jadi, persoalannya bukan lagi “telefon boleh lipat ke tidak?”, tetapi apa yang anda mahu buat dengannya?

Thumbs

Thumbs

4

Hearts

Hearts

2

Haha

Haha

1

Star

Star

4

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |