“Tak Mahu Turunkan Key”- Jaclyn Victor Cabar Diri Dalam Konsert Bersama MPO

3 hours ago 1

Selepas sekian lama menyimpan impian untuk mengadakan konsert solo bersama Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO), penyanyi berkuasa vokal, Jaclyn Victor akhirnya bakal merealisasikan hasrat itu menerusi persembahan khas di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 17 Oktober ini.

Bagi Jaclyn, peluang bergandingan dengan MPO bukan sesuatu yang boleh dipandang sebelah mata. Malah, beliau mengakui sangat bersyukur apabila impian tersebut akhirnya menjadi kenyataan.

Bukan calang-calang nama yang pernah berkongsi pentas bersama MPO. Antaranya Tan Sri SM Salim, Datuk Seri Sheila Majid, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk M. Nasir.

Jadi, boleh bayangkan sendiri pressure-nya apabila nama Jaclyn pula bakal berada dalam senarai itu.

Jaclyn Victor Keluar Dari Zon Selesa

Jaclyn Victor

Menariknya, konsert kali ini bukan sekadar menghidangkan lagu-lagu popular Jaclyn. Beliau turut mencabar diri menerusi genre opera klasik Itali dengan lagu O Mio Babbino Caro dan Time to Say Goodbye.

Walaupun mengakui dirinya bukan penyanyi klasik, Jaclyn melihat cabaran itu sebagai peluang untuk menguji kemampuan vokalnya.

Lebih menarik, penyanyi Gemilang itu memilih untuk tidak menurunkan key asal lagu-lagu popularnya seperti Gemilang, Ikut Rentakku, Di Bawah Pohon Asmara, Tiada Lagi Indah dan Beribu Sesalan.

“Kalau terlalu selesa, kita tidak akan mencabar potensi sendiri,” katanya.

Okay, itu memang mentaliti yang bukan semua orang berani buat. Lagu sudah berusia hampir 20 tahun pun masih mahu kekalkan key asal. Respect.

Persembahan Lebih ‘Next Level’

Konsert ini turut menampilkan susunan muzik baharu oleh beberapa nama besar termasuk Aubrey Suwito, Luqman Aziz, Gerard Salonga dan Ahmad Muriz.

Selain lagu Melayu, Jaclyn akan membawakan karya dalam pelbagai bahasa dan genre seperti When I Fall In Love, Superwoman, Diamonds Are Forever, Chong Bai dan Defying Gravity.

Menurut Ahmad Muriz, Jaclyn sengaja dicabar untuk keluar daripada zon selesa supaya penonton dapat melihat sisi vokalnya yang mungkin jarang dipertontonkan.

Untuk melengkapkan persembahan, Jaclyn juga bakal mengenakan busana eksklusif rekaan Rizman Ruzaini.

Nampaknya, ini bukan sekadar konsert. Ini peluang untuk kita melihat sejauh mana ‘power’ sebenar suara Jaclyn apabila digabungkan dengan sebuah orkestra penuh.

Thumbs

Thumbs

1

Hearts

Hearts

5

Haha

Haha

4

Star

Star

1

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |