Pelakon dan penyanyi berbakat, Aqasha, berkongsi satu renungan yang menyentuh hati selepas menonton semula dokumentari mengenai seniman agung negara, P. Ramlee.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Aqasha mengakui dia sengaja mengulang tonton dokumentari tersebut bagi mengimbas kembali perjalanan hidup dan kerjaya figura yang banyak berjasa kepada dunia seni tanah air.
Apa yang paling memberi kesan kepadanya adalah apabila mengetahui P. Ramlee meninggal dunia pada usia 44 tahun, iaitu usia yang sama dengannya ketika ini.
“Beliau meninggal dunia di usia 44 tahun. Itu usia aku,” tulisnya.
Menurut Aqasha, apabila melihat wajah P. Ramlee pada penghujung hayatnya, beliau kelihatan jauh lebih berusia berbanding umur sebenar.
Pelakon yang kini memegang watak ikonik Hang Tuah dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical 2026 itu berpendapat keadaan tersebut mungkin berpunca daripada tekanan, kekecewaan dan kesedihan yang ditanggung oleh seniman berkenaan.
“Namun paras beliau di akhir hayat kalau nak dibanding dgn aku….jauh. Beliau kelihatan lebih tua dari umurnya. Aku percaya itu kesan kehampaan dan kesedihan terhadap layanan yg beliau terima saat kembali ke Kuala Lumpur. Exhausted and unaccepted.”
Dalam nada penuh penghargaan, Aqasha turut menyifatkan situasi yang dialami P. Ramlee sebagai sesuatu yang menyedihkan memandangkan beliau merupakan individu yang diangkat sebagai seniman agung negara.
“Itu orang yg digelar seniman agung.”
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat yang turut mengimbau jasa dan pengorbanan P. Ramlee terhadap industri seni. Ramai berpendapat kisah hidup legenda itu menjadi peringatan bahawa penghargaan terhadap insan seni tidak seharusnya hanya diberikan selepas mereka tiada.
Sebagai antara pelakon yang terus aktif dalam dunia seni dan bakal kembali memukau penonton menerusi watak Hang Tuah dalam PGLM 2026, renungan Aqasha itu dilihat bukan sekadar mengimbau sejarah, tetapi juga mengajak masyarakat menghargai tokoh seni ketika mereka masih bersama kita.
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
5
Star
Star
1
Sad
Sad
1
Weary
Weary

14 hours ago
7



















![[VIDEO] Nur Sajat Luah Rasa Sebak & Terharu- “Datang Support Pun Dah Cukup Happy”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-13-2.webp)






























![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)
