Kulit Makin Sensitif Bila Makin Berusia? Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Retinal

1 hour ago 2

Kulit yang sihat bukan sekadar nampak glowing. Ia juga perlu mempunyai benteng pertahanan yang baik supaya kekal lembap, kurang sensitif dan mampu melindungi diri daripada faktor persekitaran.

Bagi mereka yang sudah mula memikirkan tentang garis halus, tekstur tidak sekata atau tanda penuaan pramatang, retinoid sering menjadi antara bahan yang disebut dalam rutin penjagaan kulit.

Namun, ada satu perkara yang selalu buat pengguna seriau, kulit menjadi kering, kemerah-merahan atau mengelupas selepas menggunakannya.

Retinal Untuk Kulit, Tetapi Jangan Lupa Skin Barrier

Retinal atau retinaldehyde ialah salah satu bentuk vitamin A yang digunakan dalam penjagaan kulit. Seperti retinoid lain, ia dikaitkan dengan proses pembaharuan sel kulit dan boleh membantu memperbaiki penampilan garis halus serta tekstur kulit.

Tetapi lebih kuat bukan bermaksud lebih bagus untuk semua orang.

Penggunaan retinoid secara berlebihan atau terlalu kerap boleh menyebabkan kulit mengalami kekeringan dan kerengsaan, terutama bagi mereka yang baru bermula. Sebab itu, kesihatan skin barrier tidak sepatutnya dianggap sebagai perkara sampingan.

Di sinilah bahan seperti panthenol atau vitamin B5 sering digunakan dalam formulasi penjagaan kulit kerana sifatnya yang membantu mengekalkan kelembapan dan menenangkan kulit. Niacinamide pula lazim digunakan untuk menyokong fungsi penghalang kulit serta membantu memperbaiki penampilan tona yang tidak sekata.

Dua Formula, Satu Rutin Malam

Retinal

Celimax baru-baru ini memperkenalkan THE VITA-A Retinal Shot Tightening Dual Cream, yang menggabungkan dua emulsi dalam satu pam.

Satu formula memberi fokus kepada retinal, peptida dan adenosine, manakala satu lagi mengandungi panthenol, niacinamide dan guaiazulene yang dikaitkan dengan penjagaan serta ketenangan kulit.

Konsepnya menarik, tetapi apa yang lebih penting ialah memahami keperluan kulit sendiri.

Kalau baru berjinak dengan retinoid, mulakan secara perlahan dan jangan lupa pelembap serta pelindung matahari pada waktu siang.

Sebab akhirnya, kulit yang sihat bukan tentang siapa paling banyak guna bahan aktif. Kadang-kadang, less is more.

Thumbs

Thumbs

3

Hearts

Hearts

3

Haha

Haha

4

Star

Star

1

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |