Jika ibu dikatakan insan paling banyak berkorban dalam membesarkan anak-anak, namun jangan lupakan jasa seorang lelaki bergelar bapa. Biar tak terucap setiap hari, namun nilai kasih sayang seorang bapa tak pernah hilang dari ingatan seorang anak.
Bapa, figura hebat dalam mengajarkan nilai kehidupan buat anak-anak. Di sebalik wajah tenang seorang bapa, tersimpan seribu pengorbanan yang tidak diminta balasan. Namun bagaimanakah emosi dan perasaan seorang bapa tunggal yang memiliki seorang anak Orang Kurang Upaya (OKU) dan membesarkan sendiri anaknya?
Foto – RTMKisah realiti yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita ini diangkat pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam naskah terbaru. Drama terbitan Unit Drama TV RTM bertajuk ‘Camar Poelang’, ditayangkan khas sempena meraikan sambutan Hari Bapa.
Dibarisi gandingan pelakon tanah air, antaranya Wan Raja (Zahir), Faha Azhar (Akil), Ku Farisah (Orked), ArielGanu (Abe Leh), Yaacob Aziz (Pak Soh), Azizah Mahzan (ibu Zahir) dan Razzuan Rosli (Halim). Ianya akan mengisi slot Panggung RTM pada 20 Jun ini, pukul 9.00 malam di TV1 dan RTMKlik.
Foto – RTMPengarahnya, Zairol Fahmee Khairuddin menegaskan apa yang cuba dipaparkan dan tersirat dalam drama ini adalah kita sebagai manusia di muka bumi ini hidup dalam satu sistem tak kisah walau dimana pun berada. Ada rasa marah, sedih, dendam dan sebagainya. Ia umpama hidup manusia yang hakikatnya bergerak atas kehendak Yang Maha Esa.
Menyentuh tentang simbolik pemilihan tajuk ‘Camar Poelang’, menurut beliau kerana latar cerita berlaku di perkampungan nelayan. Dan di situ banyak terdapat burung camar yang hidup di kawasan laut.
Diumpamakan pengorbanan si bapa sama seperti camar yang turun ke laut bergelora mencari ikan. Namun pada akhirnya akan pulang jua ke darat. Sama dengan watak Pak Soh yang melakukakan pengorbanan demi menyelamatkan anaknya daripada tuduhan palsu meskipun menerima tekanan daripada masyarakat sekeliling.
Foto – RTMSINOPSIS ‘CAMAR POELANG’
Ia mengisahkan Zahir, seorang penulis yang mencari ketenangan di sebuah kampung nelayan terjebak dalam kisah penuh fitnah, kasih sayang dan pengorbanan. Kisah itu melibatkan seorang anak istimewa, Akil telah dituduh cuba memperkosa Orked, gadis yang paling rapat dengannya.
Foto – RTMOrked koma akibat kejadian itu yang membuatkan Halim, salah seorang pemuda kampung yang cintanya tidak dibalas oleh Orked menabur fitnah. Halim menuduh semuanya angkara Akil.
Sementara itu si ayah, Pak Soh berjuang untuk membuktikan kebenaran anaknya itu tidak bersalah. Rentetan tragedi yang menimpa keluarga itu bukan sahaja menggoncang seluruh kampung. Tetapi akhirnya membuka mata Zahir tentang makna sebenar kasih sayang hingga kisah yang diciptanya menjadi cermin kepada hidupnya sendiri.
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
3
Star
Star
5
Sad
Sad
1
Weary
Weary

14 hours ago
8














![[VIDEO] Didi Astillah Respon Selepas Buat ‘Prank’ Gaduh Depan Syed Saddiq](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-79.webp)


![[VIDEO] Marah Paparazi Di Hospital, Sikap Salman Khan Jadi Bualan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/picture-31-1.webp)



















![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)











