99 Wonderland Park ialah sebuah taman rekreasi bertema “Wildlife in the City” yang terletak di Kuala Lumpur, menggabungkan elemen alam semula jadi, haiwan, lampu LED dan pelbagai aktiviti riadah dalam satu lokasi. Taman ini dibangunkan sebagai ruang santai dalam bandar yang membolehkan pengunjung menikmati pengalaman melihat haiwan, menaiki tarikan hiburan, serta menikmati suasana malam yang penuh cahaya dan warna.
Transformasi Dari Kolam Terkesan Jadi Taman Rekreasi 23 Ekar
Menariknya, 99 Wonderland Park dibangunkan oleh JL99 Group dengan kos lebih RM60 juta. Kawasan ini dahulu merupakan kolam takungan terbiar sebelum diubah menjadi taman rekreasi seluas 23 ekar.
Kini, ia dikenali sebagai antara taman rekreasi ikonik di KL yang menampilkan gabungan alam semula jadi, lampu LED dan tarikan haiwan eksotik.
Interaksi Haiwan Dengan Lebih Dekat
Konsep taman ini ialah “open concept”, di mana pengunjung boleh melihat lebih dekat pelbagai haiwan dan burung.
Antara haiwan yang terdapat di sini termasuk:
- Buaya air masin
- Siamang & Gibbon
- Malayan Tapir
- Beruang Matahari
- Burung eksotik seperti flamingo, peacock & parrot
- Meerkat, otter dan pelbagai spesies lain
Pengalaman ini memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat haiwan dalam suasana yang lebih dekat berbanding zoo biasa.
Tarikan Aktiviti Yang Pelbagai & Menarik
Selain haiwan, taman ini juga menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi yang sesuai untuk semua peringkat umur.
99 Cruise, Train & Paddle Boat
Pengunjung boleh menaiki bot, kereta api atau cruise untuk menikmati pemandangan taman dengan suasana santai.
99 Ferris Wheel
Roda ferris ini memberi pemandangan malam KL yang cantik dan romantik, sesuai untuk pasangan atau keluarga.
99 Dinosaur Park
Replika dinosaur bersaiz besar menjadikan kawasan ini antara tarikan utama untuk kanak-kanak dan penggemar Jurassic Park.
Pertunjukan Lampu & Air Yang Memukau
Pada waktu malam, suasana taman berubah menjadi lebih meriah dengan pertunjukan:
- Air pancut muzik
- Lampu LED berwarna-warni
- Pertunjukan animasi 3D
- Pertunjukan air, api dan cahaya
Semua ini menjadikan pengalaman di 99 Wonderland Park lebih hidup dan sesuai untuk sesi malam santai.
Selain tarikan utama, terdapat juga beberapa kawasan ikonik seperti:
- Golden Waterfall
- Magical Bridge (lampu romantik & padlocks)
- Zodiac Walkway
- Bird Square
- LED Eiffel Tower
Jika kalian mencari tempat untuk healing dan meneroka Malaysia dengan lebih mendalam, inilah lokasi yang sesuai untuk dilawati bersama keluarga atau rakan-rakan.
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
4
Star
Star
5
Sad
Sad
Weary
Weary

8 hours ago
6












![[VIDEO] Nur Sajat Luah Rasa Sebak & Terharu- “Datang Support Pun Dah Cukup Happy”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-13-2.webp)






































![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)