“KFC & McD Di Jepun Tak Halal”- Perkongsian di Threads Cetus Perdebatan

1 hour ago 2

“Kalau Nak Halal, Pergilah Negara Timur Tengah.” Itu antara respons yang muncul selepas seorang pengguna Threads berkongsi peringatan mengenai makanan segera di Jepun, termasuk McDonald’s dan KFC, yang tidak boleh terus dianggap halal seperti di Malaysia.

Menariknya, pengguna tersebut bukan sekadar bercakap berdasarkan andaian. Beliau mempunyai pengalaman dalam Japan Tour Ground Arrangement, jadi perkongsian itu lebih kepada pesanan kepada pelancong Muslim supaya membuat semakan sebelum makan.

Jepun

McD Malaysia Halal, McD Jepun Belum Tentu

Inilah perkara yang kadang-kadang kita terlepas pandang. Jenama sama tidak bermaksud status halal produk dan proses penyediaannya juga sama di setiap negara.

Di Malaysia, pensijilan halal dan keperluan pematuhan makanan mempunyai sistem tersendiri. Apabila berada di Jepun, pengguna Muslim perlu melihat pula bahan, penyediaan, ramuan dan status pensijilan di lokasi berkenaan.

Malah, Japan National Tourism Organization (JNTO) sendiri mengingatkan bahawa pelancong Muslim perlu berhati-hati kerana masakan Jepun boleh menggunakan bahan seperti mirin, sake, gelatin dan lemak haiwan. Tidak semua restoran yang menggunakan label “Muslim-friendly” pula mempunyai dapur atau peralatan yang diasingkan.

Jepun

Jadi, Tak Boleh Ke Pergi Jepun?

Boleh. Tiada siapa kata melancong ke Jepun itu masalah.

Malah, JNTO menyatakan pilihan makanan mesra Muslim semakin berkembang, khususnya di Tokyo, Osaka, Kyoto dan Fukuoka. Terdapat juga restoran halal, masjid serta kemudahan solat untuk pelancong Muslim.

Jadi isu sebenarnya bukan “jangan pergi Jepun kalau mahu halal”, tetapi jangan anggap semua makanan yang kita kenal di Malaysia automatik halal apabila berada di luar negara.

Mudah cerita, jangan main agak-agak. Kalau ragu-ragu, semak.

Bukankah lebih baik sedikit leceh mencari makanan yang diyakini daripada selepas makan baru buka Google dan bertanya, “Eh, benda ni halal ke?”

Pesanan untuk pelancong Muslim: travel tetap travel, tetapi prinsip jangan tinggal di rumah.

Thumbs

Thumbs

1

Hearts

Hearts

4

Haha

Haha

4

Star

Star

1

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |