Ekspo IP Taiwan 2026 di Malaysia anjuran Taiwan Creative Content Agency baru-baru ini memncuri perhatian berlangsung di Oasis Avenue, Sunway Pyramid dengan tumpuan utama memperkukuh hubungan industri kreatif antara Taiwan dan Malaysia.
Dengan kerjasama Malaysia Creative Intellectual Property (MYCIP), penganjuran kali ini memberi fokus besar kepada pembangunan ekosistem industri kreatif rentas sempadan, khususnya dalam bidang pelesenan IP, kandungan digital, animasi, penerbitan serta kolaborasi jenama. Ia dilihat sebagai platform strategik yang menghubungkan pencipta kandungan, pemegang IP, serta pemain industri dari kedua-dua negara.
Kerjasama ini turut membuka ruang lebih luas kepada pertukaran kepakaran antara Taiwan yang kukuh dalam pembangunan dan pengembangan IP antarabangsa, serta Malaysia yang mempunyai kekuatan dalam bakat kreatif tempatan, pasaran serantau dan adaptasi budaya. Gabungan ini memberi nilai tambah dalam menghasilkan IP yang lebih relevan, komersial dan berdaya saing di peringkat Asia Tenggara.
Edisi tahun ini menghimpunkan 12 IP karakter asal Taiwan serta 12 kolaborasi rentas sempadan Taiwan–Malaysia yang dipamerkan buat pertama kali. Ia bukan sekadar pameran, tetapi juga percubaan memperluaskan potensi IP ke dalam bentuk produk, kandungan tempatan dan kerjasama industri yang lebih mendalam.
Antara IP yang mencuri tumpuan termasuk Kittensisland, Takokuma dan Kuroro Space Exploration Team yang telah berjaya menembusi beberapa pasaran antarabangsa termasuk Jepun, Korea dan rantau Asia Tenggara.
Selain pameran, ekspo ini turut menampilkan sesi pemadanan perniagaan yang menghubungkan syarikat penerbitan, jenama, peruncit dan penggiat kreatif bagi membuka peluang kerjasama baharu. Pengunjung juga disajikan dengan aktiviti interaktif seperti permainan AR, sesi perkongsian pencipta kandungan serta jualan barangan eksklusif.
Ekspo lima hari ini berlangsung dengan meriah sehingga 24 Mei 2026 di Sunway Pyramid, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab penting dalam jaringan industri kreatif serantau bersama Taiwan.
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
5
Star
Star
4
Sad
Sad
Weary
Weary

10 hours ago
7







![[VIDEO] Nur Sajat Luah Rasa Sebak & Terharu- “Datang Support Pun Dah Cukup Happy”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-13-2.webp)












































