AirAsia Kekal Terbaik Dunia Untuk Kali Ke-17, Ada ‘Hadiah’ Menarik Menanti Rakyat Malaysia!

3 hours ago 3

Kalau anda sudah lama menyimpan impian untuk bercuti, mungkin ini masa yang sesuai untuk mula buka kalendar dan pilih destinasi seterusnya.

AirAsia sekali lagi mencipta pencapaian apabila dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia untuk tahun ke-17 berturut-turut.

Kejayaan ini bukan sekadar angka, tetapi turut mencerminkan kepercayaan jutaan tetamu yang terus memilih AirAsia untuk perjalanan mereka, sama ada untuk bercuti, pulang ke kampung atau meneroka destinasi baharu.

Lebih menarik, rakyat Malaysia turut boleh meraikan kemenangan ini dengan tawaran perjalanan sehingga 27 peratus bagi semua tempat duduk dan semua penerbangan.

Tempahan dibuka sehingga 27 September 2026, manakala tempoh perjalanan adalah sehingga 31 Ogos 2027. Jadi, bukan sahaja boleh merancang percutian hujung tahun, malah sudah boleh fikirkan destinasi untuk tahun depan.

Tukar Plan? Tak Perlu Risau

Dalam kehidupan yang serba tak menentu, rancangan perjalanan juga kadang-kadang boleh berubah.

Menerusi tawaran ini, AirAsia memberikan pengecualian yuran perubahan sekali tanpa caj pemprosesan sekiranya anda perlu mengubah rancangan perjalanan. Bagaimanapun, perbezaan tambang mungkin dikenakan dan tertakluk kepada terma dan syarat.

Bagi yang mahu perjalanan lebih lengkap, Value Pack turut ditawarkan dengan diskaun sehingga 30 peratus, merangkumi keperluan seperti bagasi daftar masuk, hidangan dan pilihan tempat duduk.

Bagi MURAI, kemenangan ke-17 ini memang satu pencapaian yang wajar diraikan. Tahniah AirAsia! Dalam masa yang sama, rakyat Malaysia pula boleh menikmati peluang untuk mengembara lebih banyak dan mencipta lebih banyak memori.

Jadi, destinasi mana yang sudah lama ada dalam wishlist anda?

Tempah perjalanan seterusnya melalui AirAsia MOVE dan mulakan perancangan percutian anda.

Thumbs

Thumbs

2

Hearts

Hearts

4

Haha

Haha

1

Star

Star

3

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |