Bagi peminat Formula 1, Oktober ini mungkin kena mark dalam kalendar. Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia kembali membawa debaran perlumbaan ke Sepang.
Tetapi kalau anda tidak bercadang untuk bersesak di litar, jangan risau. W Kuala Lumpur pula sudah menyediakan ‘race weekend’ versi kota dari 2 hingga 4 Oktober 2026.
Tiga hari ini bakal dipenuhi makanan, muzik, minuman dan pemandangan skyline Kuala Lumpur. Kiranya, tak masuk litar pun masih boleh rasa sedikit aura F1.
W Kuala Lumpur Mulakan Dengan Sunset
Semuanya bermula di WET Deck, Level 12, pada 2 Oktober menerusi Sunset Chasers, dari jam 4 petang hingga 8 malam.
Sambil menikmati pemandangan kota, tetamu boleh mencuba sajian ringan dan minuman signature seperti Kuala Loco dan Catarina’s Cure sebelum malam diteruskan dengan Friday Tribe.
Victor Trixter, Adib dan Kuma akan menghidupkan suasana dari waktu matahari terbenam sehingga lewat malam. Tiket masuk pula RM50 termasuk minuman pertama.
Saturday Night Grill & Back To Basics
Masuk Sabtu, W Sunset Barbeque mengambil tempat dari 4 petang hingga 7 malam dengan hidangan panggang, prime cuts dan Margarita pitchers.
Kemudian, Saturday Night Grill di Flock pula menawarkan menu berasaskan grill pada harga RM198+ seorang, termasuk akses percuma ke WET Deck.
Winner’s Circle Tutup Race Weekend
Pada Ahad, Winner’s Circle bersama Adrian G dan Kuma menjadi penutup acara dari jam 5 petang hingga tengah malam.
Bubbles, cocktails, muzik dan panorama KL bakal mengiringi malam terakhir. Sama ada anda meraikan keputusan perlumbaan atau sekadar mahu panjangkan weekend, semuanya ada.
Jadi, anda lebih rela berdepan kesesakan menuju Sepang atau cari ‘pit stop’ sendiri di tengah KL?
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
4
Star
Star
2
Sad
Sad
Weary
Weary

3 hours ago
2




![[FOTO] Anwar Ibrahim ‘Throwback’ Momen Di Penjara Sungai Buloh- “Hanya Melalui Telefon…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/picture-8-1.webp)



























![[REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-10-1.webp)


















