Watie Hanifiah Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Thalita-“Walaupun Bukan Mummy Yang Melahirkan, Tapi…”

22 hours ago 7

Perkongsian isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib iaitu Watie Hanifiah mencetuskan rasa sebak netizen selepas menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir anak tirinya, Dzakira Talita Zahra.

“Walaupun Bukan Mummy Yang Melahirkan You Tapi…”

Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah menerusi hantaran di Instagram, turut menyifatkan Thalita itu merupakan seorang anak yang baik selain tidak pernah melawan di saat dia sedang membebel.

“Dear anakku Dzakira Talita Zahra. Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiranmu…
Doa Mummy akan sentiasa mengiringi perjalanan hidup you.. Ingatlah walaupun bukan Mummy yang melahirkan you tapi Allah itu Maha Hebat…Melahirkan atau tidak tapi naluri & instinct seorang ibu itu sentiasa ada buat anaknya🤍.

Dan kerana itu lah Mummy sentiasa merasakan selepas berkahwin, you lah satu-satunya kawan baik Mummy…Terima kasih selalu buat Mummy jadi teman borak you, teman bergosip, teman bercurhat 🤍.”-tiitip Watie buat Thalitha di Instagram

Dalam pada itu, Watie turut memohon maaf yang tidak dapat menemani Thalita yang membuat persembahan pada hari lahirnya disebabkan dia masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan cahaya mata sulung.

“Mummy akan sentiasa doakan diri you, kejayaan you, kehidupan you, & kebahagiaan you… Semoga Mummy sentiasa menjadi tempat yang paling tenang & yang akan you cari bila you rasa sedih & susah sampai bila-bila..

Sorry Mummy tak dapat teman you show di hari jadi you. Walaupun Mummy masih belum dapat berjauhan dengan Akira, tapi Mummy always love you okay! 😘.”-tambah Watie lagi

Sekadar info, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Akira Juwita yang dilahirkan pada 6 April.

Shuib turut mempunyai empat cahaya mata hasil perkahwinan dengan Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin iaitu Uwais Al-Qarni, Thalita, Ariq Matin, dan Ayash Affan.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |