Ramai Tak Tahu, Dayakboi Archery Range Shah Alam Ini Ada Port Memanah & Kelas Berkuda Dalam Suasana Kampung!

5 hours ago 5

Dayakboi Archery Range merupakan sebuah pusat aktiviti memanah dan rekreasi yang terletak di kawasan kampung di Shah Alam. Dikenali dengan suasana yang tenang dan terbuka, lokasi ini menawarkan pengalaman memanah tradisional, kelas berkuda serta pelbagai aktiviti sesuai untuk beginner mahupun pemanah berpengalaman.

Ada Kelas Memanah Tradisional Untuk Beginner

Bagi yang baru nak mula belajar, Dayakboi Archery Range menyediakan kelas memanah tradisional pada hujung minggu.

Peserta akan didedahkan dengan teknik asas memanah termasuk static form dan pergerakan dinamik yang digunakan dalam seni memanah tradisional. Menariknya, kelas ini sesuai untuk beginner dan juga mereka yang mahu perbaiki teknik sedia ada.

Tenaga pengajar juga akan membantu peserta memahami asas dengan lebih yakin dan selesa sepanjang sesi latihan.

Boleh Belajar Menunggang Kuda Sekali

Selain memanah, mereka turut menawarkan kelas menunggang kuda menerusi program “Ground2Mount”. Program ini memberi pendedahan tentang asas menunggang kuda termasuk penjagaan, pengendalian dan teknik menunggang dengan betul. Ia juga menjadi langkah awal bagi mereka yang berminat untuk belajar mounted archery pada masa akan datang.

Bagi yang memang minat aktiviti outdoor dan sukan tradisional, pengalaman ini memang menarik untuk dicuba.

Walk-In Hujung Minggu Pun Boleh

Untuk yang nak datang santai tanpa komitmen kelas, pengunjung juga boleh walk-in ke range pada setiap Sabtu dan Ahad dari jam 8 pagi hingga 8 malam.

Kalian boleh bawa bow dan anak panah sendiri atau sewa terus di sana.

Harga walk-in juga berbeza mengikut jenis bow:

  • Traditional & Recurve – RM20 sejam
  • Compound – RM35 sejam

Kalau nak main lebih lama, mereka turut menyediakan pas satu hari dengan masa tanpa had dalam sehari.

Ada Membership Bulanan Untuk Kaki Memanah

Bagi yang aktif berlatih, Dayakboi turut menawarkan pakej membership bulanan dengan akses harian ke range.

Antara pakej yang disediakan termasuk:

  • Monthly Warrior (Traditional & Recurve) – RM99
  • Monthly Warrior (Compound) – RM280
  • Family Warrior – untuk ahli keluarga terdekat

Ahli baru juga akan menerima satu kelas memanah tradisional percuma.

Sesuai Untuk Aktiviti Berkumpulan

Selain latihan individu, tempat ini juga sesuai dijadikan lokasi aktiviti berkumpulan seperti berkumpul dengan kawan-kawan atau keluarga. Dengan konsep terbuka dan suasana kampung yang tenang, pengalaman memanah di sini terasa lebih santai dan menyeronokkan.

Lokasi

Dayakboi Playground, 6490, Lombong Besi 3, Kampung Lombong, 40460 Shah Alam, Selangor

Walk-in:

  • Sabtu & Ahad : 8 pagi hingga 8 malam

Kalau kalian sedang mencari aktiviti hujung minggu yang lain daripada biasa, mungkin boleh cuba singgah ke sini bersama keluarga atau kawan-kawan.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |