Bila sebut ECRL, perkara pertama yang kita fikir mungkin perjalanan lebih cepat antara Pantai Timur dan Lembah Klang. Tapi tahukah anda, setiap stesen utama ECRL sebenarnya direka dengan identiti dan warisan negeri masing-masing?
Sempena Hari Kebangsaan ke-69, MURAI rasa menarik juga untuk kita tengok bagaimana sejarah tempatan diterjemahkan dalam bentuk seni bina moden.
Kota Bharu: Warisan Kelantan Dalam Sentuhan Moden
Stesen Kota Bharu mengambil inspirasi daripada seni bina tradisional Kelantan dan pengaruh Islam. Pintu gerbang berbentuk lengkungan serta konsep ‘Janda Berhias’ menjadikan reka bentuknya nampak cukup unik.
Gombak: Terinspirasi Daripada Kuarza
Stesen Gombak pula mengambil ilham daripada Permatang Kuarza Gombak Selangor. Bentuk geometri dan garis bersudutnya diinspirasikan daripada batu permata, manakala kaca pada bahagian luar memberi efek berkilauan.
KOTASAS: Simbol Gagah Pahang
Di Pahang, reka bentuk bumbung Stesen KOTASAS diinspirasikan daripada dua gading gajah bersilang, simbol yang terdapat pada jata negeri. Ada sejarahnya juga kerana gajah pernah digunakan dalam istiadat diraja dan ketenteraan.
Kuala Terengganu: Ombak Dan Jiwa Maritim
Stesen Kuala Terengganu pula membawa identiti negeri yang sinonim dengan laut. Bumbungnya yang mengalir menggambarkan pergerakan bot tradisional serta alunan ombak.
Bagi MURAI, konsep ini memang menarik. Naik ECRL nanti bukan sekadar sampai destinasi, tetapi kita juga boleh ‘feel’ cerita negeri yang dilalui.
ECRL dijadualkan mula beroperasi pada Januari 2027 dengan 20 stesen apabila siap sepenuhnya. Perjalanan Kota Bharu-Gombak pula dijangka mengambil sekitar empat jam, berbanding tujuh jam atau lebih melalui jalan raya.
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
3
Star
Star
5
Sad
Sad
Weary
Weary

8 hours ago
6








![[VIDEO] “Adik Beradik ‘Cop’ Saya Bunian”- Eyra Hazali](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/picture-16.webp)





























![[REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-10-1.webp)














