Malaysia Curi Perhatian Dunia, ‘Surreal Experiences’ Menang PATA Gold Award 2026

11 hours ago 7

Malaysia sekali lagi mencuri perhatian di pentas antarabangsa apabila Tourism Malaysia berjaya membawa pulang PATA Gold Award 2026 menerusi kategori Marketing, Travel Video.

Anugerah itu diberikan untuk video kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026) bertajuk “Surreal Experiences”, yang bukan sekadar mempromosikan destinasi, tetapi cuba membawa penonton merasai sendiri keunikan Malaysia.

“Surreal Experiences” Jadi Tarikan

Diterbitkan sejak 2025, video berdurasi tiga minit itu menampilkan kepelbagaian budaya, tarikan pelancongan dan pengalaman autentik yang sinonim dengan Malaysia.

Menariknya, video ini turut menggunakan lagu oleh penyanyi tempatan, Ernie Zakri, dengan lirik dalam pelbagai bahasa yang mencerminkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Kalau anda tengok video tersebut, memang jelas mesej yang cuba disampaikan bukan sekadar “jom datang Malaysia”, tetapi tentang perpaduan, keharmonian dan keramahan rakyatnya.

Tak hairanlah video ini telah digunakan dalam pelbagai pameran pelancongan antarabangsa, roadshow dan misi jualan di seluruh dunia.

Pelancongan Malaysia Terus Meningkat

Youtube video

Pengiktirafan ini hadir ketika sektor pelancongan negara terus menunjukkan perkembangan positif.

Malaysia merekodkan 21.2 juta ketibaan pelawat antarabangsa bagi separuh pertama 2026, meningkat 2.5 peratus berbanding 20.6 juta pada tempoh sama tahun lalu.

Persoalannya, bolehkah kempen seperti “Surreal Experiences” terus membantu Malaysia mengekalkan momentum ini?

Dengan sasaran kempen Visit Malaysia 2026 yang turut dilanjutkan sehingga 2027, nampaknya usaha untuk menarik lebih ramai pelancong antarabangsa masih berjalan dengan agresif.

PATA Gold Award 2026 Bukan Calang-Calang

PATA Gold Awards mengiktiraf kecemerlangan dalam pemasaran pelancongan serta inisiatif kelestarian dan tanggungjawab sosial.

Tahun ini, pemenang dipilih oleh panel bebas terdiri daripada 25 juri antarabangsa, dengan 27 anugerah diberikan dalam pelbagai kategori.

Anugerah yang diterima Tourism Malaysia ini sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia bukan sekadar destinasi untuk bercuti, tetapi sebuah negara yang mempunyai cerita, budaya dan pengalaman tersendiri untuk dikongsi dengan dunia.

Thumbs

Thumbs

Hearts

Hearts

Haha

Haha

Star

Star

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |