Suami kepada personaliti media sosial dan pelakon, Noreen Iman iaitu Razzi Razak tampil memberi penjelasan selepas video yang dimuatnaik sebelum ini menimbulkan salah faham di media sosial.
Razzi menerusi hantaran di Thread, menegaskan bahawa dia tidak melibatkan isterinya atau mana-mana pihak selain menjelaskan suara latar video yang menyatakan ‘lelaki jangan miskin’ itu adalah pembakar semangat buatnya agar lebih rajin dan fokus.
“Aku tak ada mention siapa-siapa atau libatkan isteri aku ke dalam video tu. Video tu memang dah dah ada khas suara orang bercakap ‘lelaki jangan miskin’ tu pembakar semangat aku je supaya lebih rajin, lebih fokus.”-jelas Razzi di Thread
“Aku Tak Cakap Wife Aku Hina Aku…”
Dalam pada itu, Razzi turut menyatakan bahawa dia tidak menganggap Norreen menghinanya hanya kerana dia memuatnaik konten sedemikian.
“Aku tak cakap wife aku hina aku ke sebab aku post konten macam tu. Tu video pasal aku sumpah!.
Satu hari nanti kalau berjaya, kita boleh tengok balik video ke konten dari mana kita mula dari bawah.”-tambah Razzi lagi

Norreen Beri Respon!

Dalam pada itu, Norreen Iman turut memberi respon pada hantaran suaminya itu dengan mengimbas kembali zaman awal pernikahan mereka yang tinggal di rumah flat selain sama-sama melakukan ‘Job review’ untuk berjimat.
“Terlajak perahu boleh undur, terlajak post semua kena tanggung. Jaga nama dua-dua belah pihak. Sama-sama kita ni budak flat, tujuh tahun pertama kahwin baru lah direzekikan kereta. Kemana-mana naik motor (senang).
Hari-hari makan RM5.00 share dua orang, masak nasi goreng setiap hari sebab tak nak lauk habis cepat, jual scrub sebab nak beli pampers, buat review makan sama-sama sebab save barang dapur, streaming macam nak kejung masa pkp sebab nak bagi anak makan. Jangan sesekali sebab ‘dunia kejam pada lelaki miskin’. Tu semua rezeki tuhan.”-balas Norreen Iman di Thread

Sekadar info, Norreen Iman memilih untuk berdiam diri mengenai status rumah tangganya bersama suami, Raizi Razak selepas dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk prosiding tuntutan pengesahan lafaz cerai.
Norreen dan Raizi mendirikan rumah tangga pada 2011. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

4 hours ago
6



![[VIDEO] Penampilan Sharifah Sakinah Di Premier ‘Tarung: Unforgiven’ Dikecam- “Acah Pelakon Hollywood”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-12.webp)

![[VIDEO] Pandang Pertama Galaxy A57 5G: Apa Yang Membezakan Dengan Sebelumnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Feature-Image-2000-Px-PHIC-46.webp)




![[VIDEO] 5 Hari Bersama Kia Sportage 2.0 High & Ini 5 Perkara Yang Buat Tertarik](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Feature-Image-2000-Px-PHIC-40.webp)


![[VIDEO] Adam Nuqris Ukir Bab Baharu Dengan ‘Alasan’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-2.webp)





![[VIDEO] “Kalau Anak Sakit Macam Tu, Saya Sanggup Dermakan Tulang Sumsum”- Datin Seri Shahida](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-10.webp)













![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)















![[VIDEO] Gelagat Anak Kedua Anzalna Buat Ramai Berdekah- “Tengah Bina Snowman Tiba-Tiba Nak Susu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4-3.webp)